
Pelancong Ke Pulau Langkawi Bakal Nikmati Perkhidmatan Feri & Hotel Sani
VIRALBagi siapa yang suka cuti-cuti Malaysia, mesti familiar dengan syarikat pengangkutan bas Sani Ekspres yang terkenal dengan tema berwarna merah.
Selain bas, syarikat yang diasaskan oleh anak Bumiputera ini iaitu Datuk Sani Salleh turut memiliki sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Pada hujung tahun ini, jenama ‘Sani’ bakal melebarkan sayapnya ke serata pulau peranginan popular, Langkawi dengan memperkenalkan perkhidmatan feri dan penginapan hotel.
Menjelang bulan Disember depan, 3 buah feri berkelajuan tinggi yang pertama mula beroperasi dari jeti Kuala Kedah ke Pulau Langkawi serta dapat menampung seramai 660 penumpang dalam satu-satu masa.
Dengan adanya perkhidmatan Sani Ferry itu nanti, pelancong tempatan dan antarabangsa tidak lagi perlu menunggu lama untuk ke Pulau Langkawi kerana waktu perjalanan feri juga dikatakan akan diselaraskan dengan ketibaan bas Sani Ekspres.
Tambang Sani Ferry adalah RM23 sama seperti perkhidmatan sedia ada dan jika penumpang mengambil pakej bas Sani Ekspress, anda juga bakal menikmati tawaran diskaun yang lebih menarik.
Wah, memang senang la kalau kita ambil set kombo Sani ni nanti, lebih efisien dan cepat sampai Langkawi! Hehehe…
Dalam tempoh 2 tahun lagi, Sani juga bakal membangunkan hotel tertinggi di pulau lagenda yang terletak di Pekan Kuah dengan kemudahan sebanyak 1,000 buah bilik.
Sumber: Utusan Malaysia
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video