Selepas 2 Bulan, Akhirnya Turki Sambung Semula Penerbangan Antarabangsa

TERKINI
June 12, 2020 - 12:24 PM


Turki pada Khamis (11 Jun) menyambung semula sebahagian perkhidmatan penerbangan antarabangsa, yang ditangguhkan hampir dua bulan disebabkan penularan COVID-19, lapor agensi berita Xinhua.

Pesawat syarikat penerbangan negara Turkish Airlines (THY) berlepas dari Lapangan Terbang Istanbul menuju ke Dusseldorf, Jerman -- ia akan  diikuti beberapa lagi penerbangan ke bandar raya seperti London dan Amsterdam.

AnadoluJet pula memulakan semula perkhidmatan apabila pesawatnya berlepas dari Lapangan Terbang Sabiha Gokcen Istanbul menuju ke Berlin dan London.

Beberapa hari akan datang, Turki dijangka meningkatkan jumlah penerbangan antarabangsa ke 40 negara. 

Untuk rekod setakat ini, Turki telah mencatatkan 174,023 kes positif COVID-19 dengan 4,763 kematian.

Sumber: Bernama

Destination: