Si Panas Baran Didakwa Atas Tuduhan Membunuh
TERKINIUpdate kes pukul seorang pengawal keselamatan yang tular pada hujung bulan lalu. Masih ingatkah anda video berdurasi dua minit dimana seorang bapa memukul seorang pengawal keselamatan di depan anak kecilnya? Beliau bernama Ahmad Noor Azhar Muhammad berusia 33 tahun hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh sekali lagi, kali ini atas pertuduhan membunuh selepas mangsa meninggal dunia 27 Ogos lalu.
Beliau menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas polis mengklasifikasikan semula kes terbabit daripada Seksyen 335 kanun sama.
Seksyen 302 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus dan mahkamah kemudian menetapkan 18 Oktober depan untuk sebutan semula kes.
Pada awalnya, beliau didakwa di mahkamah pada 6 Januari yang lalu di mengikut Seksyen 335 Kanun Keseksaan, iaitu mendatangkan kecederaan parah. Bagaimanapun, setelah mangsa disahkan meninggal dunia dan hasil bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, mendapati kematian adalah akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Sekadar pesanan buat semua. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna.