Siapa Suruh Buat Eksperimen S0sial Makan Di Kedai Tanpa 2 Dos Vaksin, Kan Dah Mendapat!

TERKINI
August 24, 2021 - 02:55 PM


Entah apa tujuan dan matlamat yang ingin di capai, seorang lelaki dan seorang wanita menerima padah aapabila di tahan susulan tular satu kenyataan di Facebook berkenaan satu eksperimen sosial yang dilakukan iaitu masuk ke beberapa kedai dan makan di kedai makan walaupun belum mendapat suntikan dua dos vaksin COVID-19.

Mungkin pada mereka ianya sekadar hiburan memenuhi masa kerja dari rumah, namun kerana perbuatan mereka yang tidak berfikir panjang tindakan membuat Eksperimen Sosial Makan Di Kedai Tanpa 2 Dos Vaksin kini disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan/Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan/Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi Malaysia.

Pemilik akaun juga turut memuat naik kenyataan yang telah mendatangkan ketakutan dan kegentaran kepada orang awam. Kan dah mendapat!

Kedua-dua suspek berumur 35 dan 36 tahun itu ditahan polis di kawasan Bandar Putera 2, Klang dekat sini pada 5 petang semalam.

Orang ramai diminta agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam menjalani kehidupan harian, sebagai usaha bersama untuk membendung penularan wabak COVID-19.

-awani