Solat Hajat Serentak Seluruh Negara Selepas Solat Zohor Di Rumah Masing – Masing Hari Ini
TERKINIHari ini, umat Islam di seluruh negara diminta mengadakan solat hajat serentak di rumah masing – masing selepas solat Zohor hari ini (Jumaat) berikutan situasi covid-19 yang sedang melanda negara kita.
Perkara ini diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu kenyataan di Twitter berliau petang semalam. Solat Hajat ini diadakan selepas mendapat titah dari Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
KENYATAAN MEDIA
— Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (@drzul_albakri) March 26, 2020
PELAKSANAAN SOLAT HAJAT SERENTAK DI SELURUH NEGARA
pic.twitter.com/Ts4iFHaRnP
Umat Islam di seluruh negara diseru supaya menyahut titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ini dan memenuhi hari Jumaat dengan memperbanyakkan zikir.
Berikut adalah bacaan niat dan cara mengerjakan solat sunat hajat untuk rujukan :
In Sha Allah, moga solat hajat dan doa kita diterima dan dijauhi oleh penyakit covid ini. Serta berodalah juga agar negara kita dan seluruh dunia cepat sembuh dari wabak ini.