'Subway' Ditenggelami Air, Banjir Besar Terburuk Landa China Dalam Tempoh 1000 Tahun!
TERKINISejak Selasa malam (20 Julai) -- viral di media sosial dengan video-video detik cemas rakyat China yang terperangkap dalam tren bawah tanah di Zhengzhou akibat banjir besar dan menunggu untuk diselamatkan.
Siapa sangka hanya dalam tempoh tiga hari, taburan hujan di wilayah Henan (di tengah China) menyaksikan peningkatan drastik sehingga mengakibatkan banjir besar yang melanda wilayah itu sejak Selasa malam.
Ia turut mengakibatkan sekurang-kurangnya 13 nyawa terkorban dengan 100,000 penduduk dilaporkan terkesan.
Malah, banjir besar itu turut mengakibatkan laluan tren bawah tanah tergendala dan penumpang terpaksa berdepan detik ngeri, mengharungi air setinggi paras pinggang di dalam gerabak.
Passengers were trapped on a metro line in Zhengzhou, China after downpours hit the city. Rescue efforts have been underway. #GLOBALink pic.twitter.com/im4nvAfhv0
— China Xinhua News (@XHNews) July 20, 2021
Lebih membimbangkan, pihak berkuasa wilayah itu turut memberi amaran bahawa sebuah empangan di wilayah itu mungkin tidak mampu menampung taburan hujan itu dan boleh menimbulkan risiko banjir ke bahagian barat daya Zhengzhou (ibu kota wilayah Henan) yang mempunyai populasi penduduk sekitar 12.6 juta.
Selain itu, laporan kaji cuaca turut menggambarkan fenomena itu merupakan yang terburuk dan paling ekstrem direkodkan sejak 1,000 tahun yang lalu.
Affected by this year's sixth typhoon In-fa, Henan Province in the central China suffered a historic heavy rain. The provincial capital Zhengzhou City has recorded the highest single-day rainfall in the past two days. pic.twitter.com/zhfjs7ylXo
— ShanghaiEye (@ShanghaiEye) July 20, 2021
Dalam perkembangan lain, Kementerian Sumber Air dan Pengurusan China turut menyatakan cerun empangan takungan wilayah itu menunjukkan beberapa kesan hakisan dan runtuhan, namun masih belum ada sebarang kegagalan pada empangan tersebut.
Zhengzhou mencatatkan hujan lebat sekitar 209.1mm (8.23 inci) dalam tempoh satu jam.
Ia jauh lebih tinggi berbanding yang dilaporkan di bandar Cologne, Jerman baru-baru ini iaitu 154mm (6.06 inci), dalam tempoh 24 jam.
Heartwarming: A woman caught in rapid water was saved by passers-by in China's Zhengzhou amid torrential rains. #GLOBALink pic.twitter.com/CjZjvRB0gj
— China Xinhua News (@XHNews) July 21, 2021
Henan, yang terletak di tengah-tengah China, terkenal sebagai destinasi pengumpulan sejumlah besar wap air, yang turut terhasil daripada taufan dan aliran udara subtropika.
Namun, dalam tempoh hanya tiga hari, Zhengzhou telah merekodkan taburan hujan menyamai kadar untuk hampir setahun.
Pada Rabu, Presiden China, Xi Jinping telah mengerahkan sejumlah besar tentera ke kawasan terjejas untuk membantu orang awam, selain membendung potensi penularan wabak COVID-19 ketika bencana itu melanda.
Sumber: Astro Awani