[VIDEO] Ingat Ada Hujan Batu Je, Tapi Penduduk Beijing Dilanda "Hujan Cacing"!
TERKINIPenduduk Beijing berada dalam kebingungan apabila diminta untuk menggunakan payung semasa berada di luar selepas ibu kota negara China itu dikatakan dilanda 'hujan cacing'.
Satu video tular di sosial media pada Rabu memaparkan keadaan di sekitar jalan bandar raya tersebut yang dihujani dengan lendir yang kelihatan seperti cacing dan turut menutupi kenderaan yang diletakkan di kawasan berkenaan.
Susulan kejadian itu, media El Heraldo melaporkan penduduk Beijing dinasihatkan meninggalkan rumah masing-masing dengan payung.
Menerusi klip berita tersebut, penduduk boleh dilihat menjalankan aktiviti harian mereka dengan berpayung untuk mengelak daripada terkena cacing yang jatuh.
'Rain of worms' floods Beijing
— The Rio Times (@TheRioTimes) March 8, 2023
A "rain of worms" flooded Beijing this week, according to videos posted on social networks. In the images, it is possible to see the "animals" covering streets and vehicles. pic.twitter.com/V2uaX6Oowk
Sementara pihak berkuasa China masih belum mengeluarkan sebarang punca di sebalik fenomena pelik tersebut, pelbagai teori mula muncul di platfrom dalam talian.
TEORI PERTAMA - PUNCA SEJENIS SPESIES BUNGA
Terdapat pihak berpandangan lendir jatuh itu berpunca daripada sejenis bunga yang banyak ditanam di kawasan sekitar bandar raya tersebut.
Katanya, bunga jenis tersebut yang memiliki banyak benih itu sering kali disalah anggap seperti ulat bulu apabila ia luruh.
TEORI KEDUA - CACING DIHANYUTKAN ANGIN KENCANG
Satu lagi teori pula mencadangkan bahawa cacing itu jatuh selepas dihanyutkan angin kencang.
Teori berkenaan disokong oleh jurnal saintifik, Mother Nature Network, yang menjelaskan bahawa jenis kejadian dengan haiwan itu berlaku selepas ribut melanda.
Pada 2011, fenomena serupa turut pernah berlaku di Edinburgh, Scotland.
Guru latihan fizikal, David Crichton sedang mengendalikan kelas bersama muridnya ketika dia mendengar 'dentuman lembut' di padang buatan, sebelum kemudiannya mendongak untuk melihat berpuluh-puluh cacing jatuh dari langit.
David yang ketika itu berusia 26 tahun berkata, dia dan guru lain di sekolah tersebut bingung dengan kejadian itu.
Mereka kemudiannya menemui lebih banyak cacing di sekitar gelanggang tenis sekolah tersebut.
Sumber: Agensi