Syarikat Feri Thailand Tawar Tiket Percuma Ke Koh Pagan

TERKINI
January 14, 2020 - 03:29 PM


Thailand nampaknya sedang cuba menaikkan kembali bilangan pelancong ke negara berkenaan selain meningkatkan industri pelancongan di negara berkenaan terutamanya di wilayah Selatan Thailand.

Sebuah operator feri di selatan Thailand baru – baru ini melakukan sebuah tindakan yang agak ‘rare’ dengan menawarkan tiket feri percuma kepada pelanggan mereka.

Raja Ferry Port Public Co yang menawarkan perkhidmatan feri dari Donsak di tanah besar Thailand ke kepulauan pelancongan popular iaitu Koh Samui dan Koh Pangan bakal dikatakan akan memberikan tiket percuma kepada penumpang bagi membantu kerajaan Thailand menaikkan lagi industri pelancongan.

Promosi yang bakal berlangsung pada 25 Januari hingga 30 Jun 2020 ini akan menawarkan tiket percuma kepada mereka yang membeli tiket dua hala dari Donsak ke Koh Samui. Penumpang akan menerima tiket pergi dan balik ke Koh Pagan tanpa sebarang cas. Dalam erti kata lain, beli tiket ke Koh Samui, percuma tiket ke Koh Pagan.

Syarat yang dikenakan adalah; tiket percuma ini perlu digunakan dalam tempoh masa 15 hari dari tarikh dikeluarkan.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, boleh terus ke laman web www.rajaferryport.com

Destination: