Syarikat Penerbangan Terbaik 2020: Air New Zealand Tewaskan Singapore Airlines

TERKINI
November 26, 2019 - 05:58 PM


Singapore Airlines (SIA) gagal mempertahankan takhtanya sebagai syarikat penerbangan terbaik dunia bagi tahun 2020 apabila sekadar menduduki tempat kedua di belakang Air New Zealand.

AirlineRatings.com, satu-satunya laman web penarafan keselamatan dan produk di dunia telah mengumumkan Air New Zealand sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik mereka untuk tahun depan.

Air New Zealand telah dipilih bagi kali keenam berdasarkan prestasi memberangsangkan mereka, pelbagai inovasi dibuat dalam penerbangan yang telah memenangi anugerah, keselamatan operasi, kepimpinan alam sekitar dan motivasi bagi kakitangan mereka.

Penganugerahan tersebut merupakan keputusan sebulat suara oleh panel juri seramai 7 editor yang mempunyai lebih 200 tahun pengalaman industri dengan menggabungkan audit keselamatan utama dan kerajaan, dengan 12 kriteria utama yang termasuk: umur armada, ulasan penumpang, keuntungan, penarafan pelaburan, penawaran produk dan hubungan kakitangan.

Ketua Pengarang www.AirlineRatings.com Geoffrey Thomas berkata: “Dalam analisis kami Air New Zealand telah menduduki nombor satu di dalam kebanyakan kriteria audit kami, yang merupakan satu prestasi yang luar biasa apabila ia dibandingkan dengan syarikat-syarikat penerbangan yang mempunyai lebih banyak sumber dan skala.

“Komitmen Air New Zealand terhadap kecemerlangan dalam semua aspek perniagaan mereka bermula di peringkat paling atas dengan tadbir urus yang cemerlang dan satu daripada pasukan eksekutif yang terbaik di dalam penerbangan sehingga kepada sebuah tenaga kerja yang menyampaikan secara konsisten kepada strategi dan janji pelanggan bagi syarikat penerbangan itu,” kata Thomas.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Air New Zealand, Jeff McDowell pula berkata memenangi anugerah itu untuk rekod kali keenam adalah satu bukti mengenai usaha 12,500 kakitangan syarikat penerbangan itu yang memberi tumpuan kepada menyampaikan satu pengalaman Kiwi yang unik yang bertaraf dunia kepada pelanggan mereka pada setiap hari.

Berikut Senarai Penuh Oleh AirlineRatings.com Tahun 2020 :-

Air New Zealand = Syarikat Penerbangan Terbaik & Ekonomi Premium Terbaik

 

Singapore Airlines = Kelas Pertama Terbaik

 

Qatar Airways = Katering Terbaik dan Kelas Perniagaan Terbaik

 

Qantas = Perkhidmatan Syarikat Penerbangan Domestik Terbaik dan Ruang Istirahat Terbaik

 

Virgin Australia = Krew Kabin Terbaik dan Kelas Ekonomi Terbaik

 

Emirates = Hiburan Dalam Penerbangan Terbaik

 

Cebu Pacific = Syarikat Penerbangan Paling Meningkat

 

VietJet Air = Syarikat Penerbangan Tambang Ultra Rendah Terbaik

Delta Air Lines (America), Lufthansa (Eropah), Emirates (Tengah Timur /Afrika) Cathay Pacific Airways (Asia) = Kecemerlangan dalam Perjalanan yang Jauh

JetBlue (America), Wizz (Eropah) Air Arabia, (Timur Tengah /Afrika) dan AirAsia / AirAsia X (Asia /Pasifik) = Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik

Air New Zealand, Singapore Airlines, All Nippon Airways, Qantas, Cathay Pacific, Emirates, Virgin Atlantic, EVA Air, Qatar Airways, Virgin Australia, Lufthansa, Finnair, Japan Airlines, KLM, Korean Airlines, Hawaiian Airlines, British Airways, Alaska Airlines, Delta Air Lines dan Etihad Airways = 20 Syarikat Penerbangan Utama AirlineRatings.com

SUMBER: Airline Ratings Pty Ltd 

Destination: