Tahukah Sebenarnya Dalam Kapal Terbang Ada Kamera Terpasang Di Belakang Kerusi Penumpang?



3 daripada syarikat penerbangan terbesar di dunia mengakui beberapa pesawat mereka mempunyai kamera yang dipasang di belakang kerusi penumpang.

American Airlines, United Airlines dan Singapore Airlines mempunyai sistem hiburan di tempat duduk belakang yang mempunyai kamera.

Bagaimanapun kamera juga mungkin terdapat pada tempat duduk penumpang untuk pesawat lain.

Syarikat-syarikat yang menghasilkan sistem hiburan dalam pesawat telah memasang kamera pada kerusi untuk menawarkan pilihan kepada penumpang seperti membuat persidangan video, menurut jurucakap American Airlines.

Tetapi ketiga-tiga sayarikat penerbangan ini menyatakan mereka tidak pernah mengaktifkan kamera tersebut dan tidak mempunyai rancangan untuk menggunakannya.

Seorang penumpang penerbangan Singapura memuat naik gambar di Twiter baru-baru ini menunjukkan bahagian belakang kerusi penumpang yang mempunyai kamera, menyebabkan para penumpang udara lain menyuarakan kebimbangan mengenai privasi mereka ketika berada pada ketinggian 30,000 kaki di udara.

Vitaly Kamluk, yang merakam foto kamera itu semasa penerbangannya, mencadangkan syarikat tersebut menutup kamera itu dengan stiker.

Katanya, mungkin kamera itu tidak digunakan sekarang. Tetapi jika ia berwayar, beroperasi, dibekalkan dengan mikrofon, ia adalah satu masalah melibatkan godaman pintar untuk ia digunakan pada pada lebih 84 pesawat dan mengintip penumpang.

Jurucakap American Airlines, Ross Feinstein berkata kamera-kamera itu berada di kerusi ‘ekonomi premium’ pada 82 pesawat jenis Boeing 777 dan Airbus A330-200.

Kamera itu katanya merupakan ciri standard pada kebanyakan sistem hiburan dalam penerbangan yang digunakan oleh beberapa syarikat.

Sementara itu, jurucakap syarikat Singapura, James Boyd berkata kamera terdapat di 84 pesawat Airbus A350s, Airbus A380s dan Boeing 777s dan 787s.

British Airways memberitahu Independent bahawa tidak ada pesawatnya yang mempunyai kamera di belakang kerusi.

Tetapi jurucakap United berulang kali memberitahu wartawan Associated Press bahawa tidak ada sistem hiburannya mempunyai kamera, sebelum meminta maaf dan bertindak menukar kenyataan dengan mengakui bahawa sesetengahnya ada dipasang kamera.

Delta tidak menjawab soalan mengenai beberapa sistem hiburannya sebagaimana American dan United.

Syarikat penerbangan itu menegaskan bahawa mereka tidak menambah kamera sambil mengatakan pengeluar yang telah memasukkannya dalam sistem hiburan.

Sistem pada American dibuat oleh Panasonic, manakala Singapura menggunakan Panasonic dan Thales, menurut wakil syarikat penerbangan.

Bagaimanapun, Panasonic atau Thales tidak memberi sebarang maklum balas mengenai perkara tersebut.

Sumber: Independent & MStar