Tandas Canggih Di China, Penggunaan Lebih 15 Minit Tidak Dibenarkan

TERKINI
October 21, 2019 - 03:33 PM


Semakin hari, teknologi semakin canggih dan bila sebut pasal teknologi ni, siapa tidak kenal dengan negara China. Kalau sebelum ini terkenal dengan barangan ‘China Made’, kini boleh dikatakan barangan daripada sana agak canggih dan belum ada dikeluarkan oleh mana – mana negara lain.

Terbaru, China mengaplikasikan teknologi canggih ini bukan sahaja dalam usaha mencegah jenayah, tetapi sudah diluaskan kepada pengasingan sampah dan penggunaan tandas awam. Ya, China baru sahaja memperkenalkan ‘smart toilet’.

Sekitar 150 buah ‘tandas pintar’ telah didirikan di sekitar Shanghai dan apa yang membuatkannya kedenganran agak aneh dan lucu adalah pengguna tidak dibenarkan menggunakan atau berada dalam tandas berkenaan lebih daripada 15 minit.

Tandas pintar ini adalah salah satu pengenalan dalam usaha China menggunakan teknologi AI atau Kecerdasan Buatan dalam rutin harian setiap individu disana.

Menurut laporan SCMP, setiap tandas mempunyai pengesan infra merah yang boleh mengesan tandas berkenaan ada pengguna atau tidak. Secara tidak langsung, ia juga merekod tempoh masa pengguna berada di dalam tandas berkenaan.

Selain mengesan kekosongan tandas, sensor yang dipasang pada tandas itu akan mengumpulkan maklumat seperti kualiti udara dan fungsi penjimatan air berdasarkan tempoh seseorang berada di dalam tandas berkenaan.

Jadi, sekiranya pengguna menggunakan tandas lebih daripada 15 minit, satu mesej akan dihantar kepada pihak berkenaan untuk tindakan susulan. Buat masa ini, kami kurang jelas tentang tindakan susulan tersebut sama ada pengguna akan didenda atau sebagainya.

Nota Editor : Buat nak stereotype, cuma... negara sendiri maju, bila masuk negara orang... Hurmmm.... Malas lah komen lebih-lebih pasal pelancong dari China ni, korang gugel sendiri. Hehe. 

Destination: