[VIDEO] Pasang Lampu Dekat Highway, Ini Cara China Hilangkan Rasa Mengantuk Pemandu

TERKINI
November 09, 2023 - 10:59 AM


Menjadi kebiasaan apabila pemandu merasa mengantuk ketika memandu lagi-lagi ketika waktu malam. Selalunya golongan ini akan melakukan pelbagai cara seperti memainkan lagu di corong radio atau mengunyah sesuatu untuk hilangkan rasa mengantuk. Namun di China, lain pula cara untuk hilangkan mengantuk.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang menunjukkan lampu laser dipasang di lebuh raya China untuk mengelakkan pemandu mengantuk. Video tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna di X yang bernama Science Girl.

"Laser digunakan untuk menghalang pemandu daripada tertidur di lebuh raya China," tulis kapsyen muat naik video tersebut.

Dalam hantaran yang berlainan, dia menambah bahawa video itu telah diambil di Lebuhraya Qingdao-Yinchuan, di mana ia direka untuk 'mencegah keletihan' pemandu.

Dilaporkan kerajaan di sana memasang lampu laser berwarna-warni di lebuh raya sebagai usaha untuk meningkatkan keselamatan jalan raya dan mengelakkan kemalangan.

Menerusi video yang sama, dapat dilihat bahawa lampu laser tersebut dipancarkan dengan pelbagai warna yang berbeza sehingga kelihatan seperti pancaran lampu laser pelangi yang menerangi langit malam.

Lain macam eh cara nak hilangkan mengantuk...

 

Kredit: Kampung Mamak

Destination: