Tarikan Terbaharu Escape Penang, 'Zip Coaster' Terpanjang Di Dunia!

TERKINI
May 13, 2022 - 05:05 PM


Selepas gelongsor air, ESCAPE Penang lancar Zip Coaster terpanjang dunia sejauh 1,135 meter dan tunggangan seperti roller coaster itu turut dicatatkan dalam Guiness World Records.

Ini menjadikan taman tema ESCAPE Penang sebagai destinasi bertema pertama di Malaysia yang mempunyai dua catatan dalam Rekod Dunia Guiness. Bagi anda yang mencuba zip coaster ini, anda akan merasai perjalanan yang mendebarkan, berliku-liku dan menyeronokkan serta dihadiahkan dengan pemandangan yang indah.

Pembinaan zip coaster itu dilakukan sejak Jun 2020 dan menelan belanja sebanyak RM700,000. Jom menjadi antara orang yang pertama merasai pengalaman unik ini!
 

Sumber: The Vocket

Destination: