Taufan Kammuri Melanda Filipina, Lapangan Terbang Ditutup

PANAS
December 03, 2019 - 04:27 PM


Filipina dilanda Taufan Kammuri yang membawa angin kencang serta hujan lebat dan terkini (satu jam lalu) taufan berkenaan sedang melanda Manila dan atas faktor keselamatan, Lapangan Terbang Antarabangsa Filipina akan ditutup sehingga diberitahu kelak. 

Kira-kira 13 juta penduduk Manila terjejas ketika ini dan seperti yang kita sedia maklum, acara Sukan SEA juga sedang berlangsung disana. Menurut Astro Arena, beberapa acara melibatkan laut dan beberapa acara luar terpaksa ditunda disebabkan taufan ini.

Ramalan menunjukkan Taufan Kammuri sudah semakin hilang kekuatan tetapi masih berada pada tahap bahaya yang mana kelajuan angin sehingga 150 kilometer per jam.

Sementara itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino Manila ditutup sejak jam 11 malam waktu tempatan semalam dan hanya akan dibuka bergantung kepada keadaan cuaca. Sehingga hari ini, lebih daripada 500 penerbangan telah dibatalkan dan pihak berkuasa telah mengeluarkan arahan supaya penumpang tidak ke lapangan terbang.

Sehingga kini, lebih 340 ribu orang telah dipindahkan. Menurut rekod, Filipina dilanda ribut hampir 20 kali setiap tahun dan paling dasyat adalah Taufan Super Haiyan yang meragut lebih daripada 7,300 nyawa pada 2013.

Destination: 
;