Tempoh Sah Kredit AirAsia Dilanjutkan Sehingga 2 Tahun

PANAS
May 08, 2020 - 07:48 AM


Jika sebelum ini, syarikat penerbangan tambang murah AirAsia memberikan tempoh sah Akaun Kredit dalam masa setahun -- namun kini ia dilanjutkan lebih lama iaitu sehingga 730 hari atau 2 tahun.

Malah, penumpang juga turut diberikan pilihan pertukaran penerbangan tanpa had.

AirAsia dalam kenyataan berkata, penumpang yang mempunyai tempahan penerbangan sedia ada dibuat pada atau sebelum 17 April 2020 dengan tarikh pelepasan antara 23 Mac 2020 dan 30 Jun 2020 kini boleh membuat beberapa pilihan.

"Antara pilihan yang diberi adalah pertukaran tarikh penerbangan tanpa had meliputi menukar tarikh penerbangan sebelum 31 Oktober 2020 di laluan yang sama tanpa had dan tanpa bayaran tambahan tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk.

"Selain itu, penumpang juga boleh mengekalkan nilai tambang tempahan ke dalam akaun Ahli AirAsia BIG yang boleh ditebus dalam masa dua tahun," katanya.

Sumber: Harian Metro

Destination: 
Artikel berkaitan