Tentera Bakal Dikerah Sekiranya Orang Awam Masih Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan

TERKINI
March 19, 2020 - 03:19 PM


Sekiranya orang ramai masih tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung wabak Covid-19, tidak mustahil anggota tentera mungkin dikerahkan.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, cadangan ini diketengahkan pada mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri – Menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Walaubagaimanapun, setakat ini, kerajaan yakin pihak Polis DiRaja Malaysia mampu mengangani dan membuat kawalan.

Sementara itu, pihak berkuasa mengesahkan seorang penumpang bas yang menaiki bas dari Johor Bahru ke Kuantan pada 16 Mac telah diuji dan disahkan positif jangkitan Covid-19.

Menurut berita di portal Free Malaysia Today, Jabatan Kesihatan Kuantan telah mengesahkan kes berkenaan dan meminta orang ramai yang menaiki bas yang sama supaya kuarantinkan diri sambil membuat ujian.

Maklumat perjalanan seperti berikut :

Bas: Plusliner Express

Nombor Pendaftaran : VDJ 2367

Tarikh Perjalanan : 16 Mac 2020

Destinasi: Stesen Larkin Sentral 4 pm Ke Terminal Kuantan Sentral.