Thailand Lanjut Sekatan Penerbangan Antarabangsa Sehingga 18 April

PANAS
April 07, 2020 - 12:36 PM


Sepatutnya bermula hari ini, semua penerbangan antarabangsa untuk masuk ke Thailand telah dibenarkan --namun sekatan itu telah dilanjutkan sehingga 18 April ini jam 5 petang waktu tempatan.

Ketua Pengarah Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT), Chula Sukmanop, berkata untuk membendung pandemik COVID-19 larangan tersebut terpaksa dipanjangkan dan semua permit penerbangan yang diberikan untuk tempoh itu akan dibatalkan.

Bagaimanapun pesawat negara atau tentera, pendaratan kecemasan, pendaratan teknikal tanpa menurunkan penumpang, penerbangan kemanusiaan, perubatan atau penerbangan evakuasi dan penerbangan kargo adalah dikecualikan.

Beliau berkata penumpang yang tiba sebelum perintah itu berkuat kuasa perlu menjalani kuarantin selama 14 hari sejurus ketibaan.

Thailand mengisytiharkan darurat bermula 26 Mac hingga 30 April.

Sehingga kini, Thailand mencatatkan 2,220 kes COVID-19 dengan 26 kematian.

Larangan itu dijangka menjejaskan rakyat Thailand yang terkandas di luar negara, termasuk 35 orang yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan.

Sumber: Bernama

Destination: