Thailand Merancang Buka Semula Phuket Untuk Pelancong Yang Sudah Vaksin Bemula 1 Julai Ini
TERKINIBerita yang menggembirakan bagi mereka yang sudah divaksin, Thailand mengalu-alukan kedatangan pelancong dari luar bermula 1 Julai di bawah satu program bernama 'Phuket Sandbox' dicadang oleh Lembaga Pelancongan Thailand (TAT).
Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand Phiphat Ratchakitprakarn berkata, sebagai persediaan sebelum membuka semula aktiviti pelancongan untuk orang luar, sekurang-kurangnya 70 peratus penduduk di situ harus disuntik vaksin.
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan-o-cha yang mempengerusikan mesyuarat Pusat Pentadbiran Situasi Ekonomi (CESA) pada 26 Mei 2021, meluluskan inisiatif 'Phuket Tourism Sandbox' dan mengarahkan TAT untuk membincangkan rancangan itu dengan gabenor Phuket dan Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) sebelum melaksanakannya.
Kata Perdana Menteri Thailand, pelancong yang divaksin dan diuji negatif COVID-19 boleh mengunjungi Phuket tanpa perlu menjalani kuarantin.
Jadi siapa yang layak untuk melancong di bawah program 'Phuket Sandbox' ?
- Pelancong dari negara berisiko rendah dan sederhana yang sudah divaksin. Hanya negara yang tersenarai di dalam Kementerian Kesihatan Awam Thailand.
- Vaksin yang diambil sebelum hari ketibaan di Thailand, adalah 14 Hari hingga 1 Tahun.
- Bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun yang datang bersama ibubapa, tidak perlu mengemukan sijil vaksin.
- Bagi remaja di antara 12 hingga 18 tahun perlu menjalanu ujian rapid antigen semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket dengan kos sendiri.
- Mereka yang melancong melalui pengangkutan udara atau laut layak untuk program 'Phuket Sandbox'.
Pelancong hanya dibenarkan untuk beberapa aktiviti dan lawatan dengan pengendalian pelancongan yang disahkan oleh Amazing Thailand Safety and Health Administration. Aktiviti ini hanya dapat dilakukan di kepulauan Phuket.
Pelancong dibenarkan untuk tinggal kurang dari 7 hari di Phuket dan pulang semula ke negara asal atau negara lain. Tetapi jika pelancong ingin pergi ke wilayah lain di negara Siam, mereka harus mneghabiskan 7 malam di Phuket dahulu.
Tapi kalau orang Malaysia nak pergi bercuti, maaflah, kita sekarang berada di kedudukan negara berisiko tinggi. Jadi kalau korang nak bercuti dan dapat keluar negara seperti semula, marilah bersama-sama kita jaga diri kita and STAY AT HOME untuk menurunkan kes Covid 19.
Sumber: Verst, Astro Awani