TMJ Tinggalkan JDT!

TERKINI
June 09, 2022 - 05:29 PM


Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini membuat pengumuman mengundur diri daripada pengurusan kelab paling berjaya tanah air itu.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran yang dibuat di Facebook rasmi kelab, Johor Southern Tigers sebentar tadi.

Menerusi kenyataan itu, Tunku Mahkota Johor bertindak demikian disebabkan faktor tanggungjawab serta komitmen lain yang perlu dilakukan.

“Disebabkan tanggungjawab dan komitmen saya yang lain, saya telah mengambil keputusan untuk berundur dan menyerahkan urusan harian Kelab Bolasepak JDT kepada pengurusan tertinggi kelab.

“Saya doakan yang terbaik untuk kelab dan semua,” katanya dalam hantaran di Facebook Johor Southern Tigers hari ini.

Tunku Ismail memberi sinar baharu buat kelab bolasepak di Johor itu setelah mengambil alih pengurusan kelab bermula pada 2012.