Ustaz Kazim Elias Kena Buatan Orang? Ustaz Rayu Bantuan Cari Penawar

TERKINI
May 19, 2022 - 03:15 PM


Pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias tampil mendedahkan mengenai penyakit misteri yang dialaminya sejak sekian lama. Perkara tersebut dikongsikan beliau menerusi satu coretan panjang di Facebook miliknya. Menurut Kazim, selama lapan bulan dia menyimpan dan cuba pelbagai rawatan .

Namun, dia akui sudah tidak mampu menyembunyikan penyakit yang dihidapinya dari orang ramai.

“Selama ini saya simpan keadaan diri saya tetapi selepas berusaha mendapat rawatan moden dan tradisional selama lapan bulan ini, saya rasa tidak boleh lagi sembunyi dari orang ramai.

“Ini keadaan muka saya sekarang dan selama ini saya sembunyikan melalui tampalan apabila muncul dikhalayak. Bukan hanya di muka malah seluruh badan.

“la boleh terjadi luka dengan sendiri sehingga mengeluarkan darah tanpa semena-mena. Saya tidak boleh siarkan keadaan yang lain kerana malu, saya rasa rendah diri sangat-sangat,” dedahnya.

Mengulas lanjut, pendakwah itu turut memberitahu dirinya mengalami simptom seperti gatal, pedih serta gangguan emosi sehingga mengganggu rutin tidurnya sejak beberapa bulan lalu.

“Sebab itu saya siarkan lengan petang tadi (semalam) sebagai kiasan pada badan saya. Saya perlukan pertolongan untuk sesiapa baik doktor atau daripada perubatan alternatif untuk merawat saya.

“Sakit, gatal, gelisah, pedih dan pelbagai perasaan saya selama ini tidak boleh lagi sorok. Saya tidak boleh tidur seharian sejak berbulan yg lepas.

“Bimbang dengan keadaan ini akan menghilangkan saya dari dunia dakwah saya. Walaupun sakit tetapi tetap saya terima semua jemputan ceramah dan paradigma,” ujarnya lagi.

Selain itu, dia turut menguatkan hati, meskipun dituduh sombong kerana tidak menyantuni pendengar seperti dahulu.

Katanya dia menyedari semua tidak semua yang mengetahui tentang penyakit yang dialaminya.

“Kadang kala saya masuk dan keluar dari tempat ceramah dengan tergesa-gesa kerana tak dapat menahan kepedihan dan kesakitan yang ditanggung.

“Walau kadang kala juga dilabel sombong kerana tidak beramah mesa dengan pendengar seperti dahulu,
tetapi tetap saya tabahkan hati kerana tahu orang ramai tidak tahu keadaan sebenar saya.

“Terima kasih pada yang menawarkan bantuan dan nasihat kesihatan kepada saya. Saya sudah berusaha berubat di banyak tempat tetapi belum diberi keizinan oleh Allah,” ujarnya.

 

Destination: