[Video] Lihat Bagaimana Pelancong Ini Berjaya Kantoikan Scam Tukar Wang Di Bali
TERKINISebelum ini, banyak kes yang kami dengar dan kami pun ada kongsikan cara nak mengesan scam dan cara untuk mengelak scam ketika percutian.
Perlu diingatkan, scammers atau penipu ini ada pelbagai jenis dan mereka ini kadang kala dah biasa dan boleh dilabel sebagai professional. Sasaran utama mereka semestinya pelancong, terutamanya yang pertama kali membuat urusan dengan mereka.
Antara scam yang paling banyak dikenalpasti adalah melibatkan penukaran wang dan kali ini, kami nak kongsikan video dimana seorang scammer di Bali berjaya dikesan dan berjaya dirakam olehnya.
Video yang dimuatnaik Januari tahun ini adalah milik seorang vlogger, Jason Pizzino dan kalau nak diikutkan, kami ada kongsi cara bagaimana nak bezakan pengurup wang yang sebenar atau scam ketika di Bali.
Menariknya, Jason turut berkongsi cara untuk mendapatkan semula wang and ajika di scam oleh scammer di tempat tukar duit ni.
Jom tengok video penuh dibawah :
Video Courtesy : Jason Pizzino