[VIDEO] "Ingat Datang Dekat Nak Tolong Ambilkan Gambar" : Hati-Hati 'Scammer Jurufoto' Caj 1 Gambar RM10 Depan KLCC

TERKINI
August 16, 2023 - 03:53 PM


Jika sebelum ini, ikonik pelancongan negara Menara Berkembar KLCC dicemarkan dengan penjaja warga asing yang selamba bakar jagung di tepi jalan -- terbaharu ada pula insiden 'Scammer Jurufoto" yang mencacatkan suasana pelancongan di sana.

Berbekalkan telefon berjenama -- KLCC kini dicemari dengan kegiatan individu yang mengambil upah merakam gambar pengunjung berlatar belakangkan Menara Berkembar KLCC, sekaligus menimbulkan rasa rimas dalam kalangan pengguna.

Satu hantaran 'hati-hati scammer di KLCC' yang dikongsikan seorang pengendali media sosial menarik perhatian ribuan pengguna yang berkongsi pengalaman sama mendakwa diperdaya individu yang menawarkan perkhidmatan berkenaan.

Mereka mendakwa dikenakan caj tersembunyi dan tidak masuk akal.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by TRAVEL JIMAT (@traveljimat_)

Sehingga kini, video berdurasi 13 saat itu telah ditonton sehingga 1.9 juta pengguna media sosial.

Seorang mangsa yang menggunakan akaun, Ha_5650 berkata -- dia terpaksa membayar sehingga RM110 selepas diperdaya seorang lelaki yang menawarkan diri untuk mengambil gambarnya dalam kejadian dua minggu lepas.

"Dia tawar ambil gambar RM10 saja. Lepas bergambar ada dalam lapan keping kemudian dia tanya nak ambik yang mana? Saya cakap nak semua. Lepas dia hantar ke telefon suami, dia minta RM80.

"Kemudian dia 'pau' kakak saya pula RM30 sekeping gambar...Untung besar dia hari tu tapi apa boleh buat terpaksa bayar semua. Malas nak keruhkan keadaan, total RM110 habis," menurut komen ditinggalkan pada hantaran berkenaan.

Ha_5650 memaklumkan, jurufoto itu memberitahu mengenakan caj RM30 kepada pelancong luar negara.

Destination: