Viral Pesawat Air India Tersangkut Bawah Jambatan

TERKINI
October 06, 2021 - 12:38 PM


Sehari dua ini telah viral sebuah video yang menunjukkan sebuah pesawat Air India tersangkut di bawah jambatan Lebuh Raya Delhi-Gurugram.

Pesawat yang dilaporkan tersangkut ketika diangkut itu bagaimanapun tidak dapat dipastikan destinasinya.

Kejadian itu dilaporkan berlaku sekitar pukul 1 pagi di jejambat Lebuh Raya Delhi-Gurugram berhampiran Lapangan Terbang New Delhi.

Melalui rakaman video viral itu menunjukkan bahagian hadapan dan sebahagian badan pesawat tersangkut di bawah jambatan hingga menyebabkan keseluruhan pesawat tidak dapat digerakkan.

Seorang jurucakap Air India memberitahu, pesawat itu pernah menjadi milik syarikat tersebut tetapi telah dijual.

“Ini adalah kapal terbang lama yang sudah dijual,” katanya.

Sementara itu, Lapangan Terbang New Delhi turut mengesahkan tidak ada pesawat yang beroperasi terlibat dalam insiden berkenaan. 

Sumber: Malaysia Gazette

Destination: