Viral Video Buli Pelajar Menumbuk Bergilir-gilir, Netizen Mahu Tindakan Segera Diambil

TERKINI
December 10, 2021 - 11:31 AM


Satu video viral yang menunjukkan beberapa pelajar membuli seorang pelajar di salah sebuah institusi pendidikan. Lokasi kejadian masih belum dikenal pasti setakat ini, namun dipercayai mereka semua masih bergelar seorang pelajar sekolah

Dalam video yang viral di pelbagai platform sosial media seperti Instagram, Facebook dan Twitter, dengan jelas seorang pelajar berbaju merah yang menjadi mangsa buli dipukul bergilir-gilir oleh beberapa orang pelajar yang lain.

Mangsa yang tidak memberi sebarang reaksi untuk melawan, terus dibuli dan para pelajar yang berada di dalam video tersebut tergamak untuk memberi galakan agar mangsa ditumbuk dengan lebih kuat.

Video itu kini telah ditonton dan dikongsikan oleh pelbagai pihak di semua platform media sosial. Ia juga mendapat reaksi geram dan marah daripada netizen. Selain itu, desakan kepada pihak polis dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk segera mengambil tindakan terus dilaungkan oleh netizen.

Destination: