Wow, Bertuahnya Pemancing Ni Dapat 'Muntah Ikan Paus'. Terus Jadi Jutawan!

TERKINI
January 27, 2021 - 02:52 PM


Wow, siapa sangka muntah pun ada harga! Mana taknya kalau muntah tersebut yang dijadikan sebagai bahan dalam minyak wangi yang mahal-mahal di pasaran.

Tapi muntah yang dimaksudkan bukanlah muntah manusia, sebaliknya muntah ikan paus atau lebih dikenali sebagai 'ambar'!

Baru-baru ini, seorang pemancing di Songkhla, Thailand mendapat durian runtuh selepas joran pancing ikannya tersangkut ambar seberat 7 kilogram yang dianggarkan bernilai antara RM950,000 hingga RM1.1 juta. Giler mahal kan?!

Pemancing bertuah itu yang bernama Chalermchai Mahapan dikatakan hanya memancing ikan laut di Pantai Samila pada minggu lalu -- namun tidak menyangka mendapat sesuatu yang boleh menjadikannya seorang jutawan segera.

Ambar atau muntah ikan paus sebenarnya merupakan bahan berlilin yang terdapat dalam usus sesetengah ikan paus sperma.

Apabila dikeringkan, ia akan menghasilkan bau yang kuat dan digunakan dalam minyak wangi yang mahal.

Selain itu, ia mempunyai nilai yang tinggi di pasaran kerana baunya yang tahan lebih lama.

Pada awalnya, Mahapan menyangka kailnya tersangkut batu namun bila dilihat secara dekat, dia menyedari ia adalah sesuatu yang berharga.

"Saya memang tidak tahu apa-apa dan bertanya kepada orang lama di sini dan mereka memaklumkan kepada saya itu adalah muntah ikan," katanya.

Gumpalan ambar itu kemudiannya dihantar ke makmal dan disahkan sebagai muntah ikan.

Bertuah betul anak muda Thailand tu, kan....

Sumber: Harian Metro

Destination: