Yeay! Dah Boleh Terjun Masuk Kolam Renang Start 1 Julai Ni

TERKINI
June 22, 2020 - 04:40 PM


Jika sebelum ini aktiviti percutian anda di hotel atau resort peranginan agak terhad tanpa boleh melakukan sebarang aktiviti riadah di kolam renang -- namun bermula 1 Julai nanti semua aktiviti di kolam renang akan dibenarkan semula!

Kebenaran itu membabitkan kolam renang awam, di hotel, kondominium, komuniti berpagar atau kawasan terkawal serta persendirian.

Bagaimanapun, kanak-kanak masih tidak digalakkan untuk terbabit dalam aktiviti riadah kolam renang dan menjadi tanggungjawab ibu bapa mengambil pendekatan kawalan kendiri bagi menjaga keselamatan mereka.

Sebelum dibenarkan beroperasi semula, pihak pengurusan kolam renang perlu membuat pendaftaran notifikasi pembukaan dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di laman web NOTIFICATION.MITI.GOV.MY dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi tujuan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Selain itu, terdapat beberapa prasyarat di setiap lokasi kolam renang yang perlu dipatuhi antaranya :-

- Menyediakan pengawal keselamatan atau life guard dan penyelia untuk memastikan keselamatan pengguna.

- Mengehadkan jumlah masa penggunaan

- Memastikan jumlah pengguna dalam kolam renang dihadkan mengikut saiz kolam renang (tak boleh berasak di dalam kolam renang)

Walaupun aktiviti di kolam renang telah dibenarkan, namun Taman Tema Air masih dilarang dan belum diberi lampu hijau untuk beroperasi lagi setakat ini.

Sumber: Berita Harian 

Destination: