Permai Rainforest Resort - Jom Rasai Pengalaman Duduk Di Rumah Pokok Awesome Di Sarawak

February 24, 2021 - 08:07 PM


Korang pernah tak teringin nak duduk di rumah pokok? Biasanya kita nampak treehouse ni dalam filem-filem hollywood je, jarang nampak di Malaysia. Tak apa, kali ni korang boleh pergi dan duduk sendiri di rumah pokok yang ada di Permai Rainforest Resort. Resort ini terletak di tapak Gunung Santubong di dalam Borneo Rainforest, jadi memang cantik pemandangan di sini. 

 

Resort ini mempunyai beberapa jenis penginapan yang korang boleh pilih termasuklah treehouse (ada 2), cabins, dan villa yang boleh memuatkan sekumpulan orang. Menggunakan tema 'Back to Nature, Back to Basic', design yang digunakan di resort ini bertemakan rustic dan ianya sangat cozy. Untuk korang yang hardcore, boleh duduk di bilik yang tiada aircond.

 

 

Tapi bagi korang yang tak tahan panas, jangan risau. Ada treehouse yang dilengkapi dengan aircond. Terdapat beberapa aktiviti yang korang boleh buat di sini antaranya:

  • Nature Walk
  • Night Walk
  • Treasure Hunt
  • Wall Climbing
  • Flying Fox
  • Beach Games
  • Basikal

Dan macam-macam lagi la. Korang juga boleh masuk ke Bako National Park. Selain itu, bila dah buat aktiviti semua ni mesti korang lapar kan? Jangan risau, breakfast dan dinner disediakan secara percuma buat pelanggan di sini.

 

Jadi kalau korang teringin nak duduk di treehouse dan boleh melakukan pelbagai aktiviti lain, korang boleh cuba duduk di Permai Rainforest Resort ni. Memang sangat selesa dan cantik, satu pengalaman unik yang korang cuma boleh dapat di resort ni. Untuk info lebih lanjut korang boleh klik link di bawah untuk pergi ke laman web dan media sosial mereka. 

 

Alamat: Teluk Penyuk Santubong, Jalan Sultan Tengah, 93050 Kuching, Sarawak

Website | Facebook | Instagram

Destination: