Port Staycation Mesra Keluarga, Double Tree by Hilton Putrajaya Lakeside
Kalau anda sedang mencari satu hotel yang mesra keluarga untuk staycation anda yang setereusnya, hotel ini memang terbaik dan mampu memberikan anda satu memori percutian yang sempurna dan menyeronokkan! Hotel yang dimaksudkan adalah Double Tree by Hilton Putrajaya Lakeside!
Lokasi hotel ini cukup strategik, terletak di Putrajaya. Terdapat 4 jenis bilik ditawarkan iaitu Guest Room, Suites, Executives dan Accesible. Yang sesuai untuk percutian keluarga saya syorkan Guest Room, harganya berpatutan kalau dibandingkan bilik yang lain. Harga bermula dari RM445.
Terdapat 5 jenis Guest Room:
- King Guest Room
- King Deluxe Room
- Twin Guest Room
- Twin Deluxe Room
- King Family Room
Kenapa hotel ini mesra keluarga? Dengan adanya Kid's Club dan kolam renang Splash Pool yang sangat ceria dan sesuai untuk anak-anak bermandi-manda. Kolam renang untuk dewasa pun ada, anda boleh berendam di infinity pool. Yang lagi best, sebaik anda tiba di sini, anda bakal dihidangkan dengan satu chocolate chip cookie yang fresh!
Antara fasiliti lain disediakan adalah seperti gim, dan juga restoran. Kalau anda nak membawa keluarga membeli-belah di IOI pun dekat sangat.
Untuk tempahan dan maklumat lebih lanjut, anda boleh terus ke laman web rasmi Double Tree by Hilton Putrajaya Lakeside
Alamat: 2, Jalan P5/5, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
No Telefon: 03-8890 0000