AirAsia Buka Laluan Kuala Lumpur-Belitung, Bermula 2 Oktober Ini

August 21, 2019 - 05:46 PM


Bermula 2 Oktober ini, AirAsia akan melakukan penerbangan terus empat kali seminggu Kuala Lumpur ke Belitung, sebuah pulau peranginan terkenal di Sumatera, Indonesia.

Sebagai syarikat penerbangan pertama yang menghubungkan Kuala Lumpur-Belitung, AirAsia menawarkan tambang istimewa serendah RM79* dari Kuala Lumpur untuk ahli BIG.

Tempahan boleh dilakukan sekarang hingga 25 Ogos ini untuk perjalanan antara 2 Oktober 2019 dan 28 Mac 2020.

Ahli BIG akan menikmati yuran pemprosesan sifar apabila membuat pembayaran menggunakan BigPay dan anda boleh menempah penerbangan tersebut di airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia.

 

Belitung, dikelilingi lebih dari 100 pulau kecil dengan kecantikan alam semulajadi, pantai yang indah dan air laut yang jernih, serta pelbagai aktiviti air boleh dilakukan di destinasi pelancongan berkenaan.

Antara pulau-pulau paling terkenal di sekitar Belitung yang lengkap dengan pakej pantai berpasir putih ialah Pulau Pasir, Pulau Batu Burung Garuda, Pulau Leebong dan Pulau Batu Berlayar.

Di samping laluan baharu ini, AirAsia juga mengendalikan penerbangan harian ke Belitung dari ibu kota Indonesia, Jakarta bermula 1 Oktober 2019.

*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk ahli AirAsia BIG sahaja. Tambang termasuk semua untuk bukan ahli bermula daripada RM84 untuk perjalanan sehala termasuk cukai.

Sumber: Newsroom AirAsia

Baca juga: Buang Sampah Merata Di Pulau Belitung, Denda Hampir RM15 Ribu Menanti Anda!

Destination: