Buang Sampah Merata Di Pulau Belitung, Denda Hampir RM15 Ribu Menanti Anda!

TERKINI
July 31, 2019 - 06:16 PM


Kalau korang bercuti ke Pulau Belitung, Indonesia, jangan buang sampah merata-rata di destinasi pelancongan tersebut.

Ini kerana mulai bulan September nanti, sesiapa yang didapati membuang sampah sembarangan boleh dikenakan denda hingga 50 juta Rupiah atau RM 14,731 dan hukuman penjara selama 3 bulan.

Tempoh percubaan untuk penguatkuasaan undang-undang baharu itu akan dilakukan sepanjang bulan Ogos ini.

Jika terdapat laporan daripada orang ramai yang mendapati ada individu tertangkap dan dilihat membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya atau mempunyai bukti secara rakaman video, tindakan susulan akan diambil oleh pihak berkuasa Kepulauan Bangka Belitung.

Peraturan baharu itu dikuatkuasakan bertujuan untuk mendisiplinkan penduduk sekitar Belitung dan juga pelancong luar supaya menjaga alam sekitar pulau berkenaan daripada pencemaran dan memelihara keindahan lokasi tersebut sebagai salah satu destinasi percutian terkenal Indonesia.

Sebelum ini, sebuah lagi lokasi pelancongan berdekatan pulau tersebut iaitu Pantai Tanjung Kelayang yang kaya dengan khazanah terumbu karang yang indah, ikan berwarna-warni dan rumah api kolonial Belanda telah ditetapkan sebagai Zon Ekonomi Khas untuk sektor pelancongan.

Sumber: Jakarta Post

Destination: