Bali Dibuka Kepada Pelancong Domestik 31 Julai & Pelancong Asing 11 September

TERKINI
July 10, 2020 - 04:45 PM


Mulai 11 September depan, destinasi pelancongan terkenal dunia iaitu Bali, Indonesia bakal membuka pintunya semula kepada para pelancong asing.

Pulau peranginan popular itu akan mula membuka kembali pantai-pantai, kompleks kuil serta tempat pelancongan lainnya kepada pengunjung tempatan pada hujung Julai ini.

Bagaimanapun setakat ini masih belum diketahui pelancong asing dari negara mana yang akan diberikan kebenaran memasuki Bali atau sama ada kuarantin akan dikenakan semasa ketibaan mereka.

"Kami mesti melakukan usaha terbaik untuk menangani COVID-19, pada masa yang sama kami harus mula menyambung kegiatan demi kelangsungan masyarakat," kata Gabenor Bali, Wayan Koster.

Sektor pelancongan Bali benar-benar lumpuh akibat penularan pandemik COVID-19 yang melanda dunia hingga menyebabkan banyak hotel serta restoran sukar bertahan dan terpaksa gulung tikar.

Pada fasa permulaan jangkitan COVID-19, Bali tidak begitu terjejas -- namun jumlah kes didapati semakin meningkat dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Setakat Isnin lepas, Bali mengesahkan terdapat 1,900 kes jangkitan dengan 23 kematian.

P/S: Korang yang dah tak sabar nak bercuti ke Bali tu harap bertabahlah ya. Pintu keluar kita belum buka lagi....

Sumber: Kompas
 

Destination: