Pulau Tioman Bakal Bertukar Wajah 10 Tahun Lagi

TERKINI
August 07, 2019 - 06:38 PM


Bagi menambah baik kemudahan dan infrastruktur yang ada di Pulau Tioman bagi tempoh 10 tahun bermula 2020, satu Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) untuk pulau peranginan itu telah mula dilaksanakan sejak 1 Ogos lalu.

Draf RKK itu yang dilaksanakan selama sebulan bakal mengumpulkan segala maklumbalas dan cadangan daripada rakyat termasuk penduduk setempat, badan bukan kerajaan (NGO), pemaju, pertubuhan dan badan persatuan bagi pelan pembangunan Pulau Tioman.

Antara cadangan yang telah dikemukakan adalah:-

1) Membangunkan kemudahan jalan raya sepanjang 27 kilometer dari Kampung Mukut ke Kampung Salang.

2) Pembinaan marina / mini pelabuhan di setiap jeti hentian, bagi memudahkan perjalanan keluar masuk bot kecil persendirian.

Idea pembangunan tersebut dilontarkan oleh penduduk setempat agar masalah kesesakan yang memuncak pada setiap hujung minggu ekoran kedatangan pelancong dapat diselesaikan.

Selain itu, terdapat 30 projek berimpak tinggi, 41 projek 'Entry Point' dan 17 program 'Quick Win' juga dikenal pasti untuk dilaksanakan pada RKK Pulau Tioman.

Ia bagi memastikan hak awam dan penduduk setempat di pulau berkenaan tidak diabaikan, seiring untuk menjadikan Tioman salah satu destinasi percutian yang lebih terkenal di kalangan pelancong antarabangsa.

Sumber: Bernama