Maya Bay Diarah Tutup Untuk Tempoh 4-5 Tahun Lagi!

PANAS
April 23, 2019 - 05:31 PM


Sejak kebelakangan ni makin banyak pula tempat-tempat pelancongan menarik terutama pulau-pulau yang terpaksa ditutup kerana alam semulajadinya rosak akibat kehadiran pelancong yang terlampau ramai.

Selepas Boracay dan Komodo Island, pantai paling cantik di Thailand, Maya Bay juga dikhabarkan terpaksa dilanjutkan penutupannya antara 4 hingga 5 tahun lagi!

Memetik laporan akhbar harian Thailand, Khaosod English, keputusan itu dibuat memandangkan Maya Bay memerlukan lebih banyak masa untuk proses pemulihan sepenuhnya ekologi yang dirosakkan oleh pelancong luar.

Korang yang bercadang nak bercuti ke Krabi atau Phuket mesti kecewa, kan?

Yela, mana taknya mula-mula pihak berkuasa Taman Negara Thailand kata Maya Bay ditutup kepada pelancong antara 4 hingga 6 bulan sahaja dari tarikh 1 Jun 2018. Tup..tup..dilanjutkan lagi sampai makan tempoh bertahun. Sabar la korang ya!

Bagi yang tak tahu, Maya Bay terletak di pulau terkenal Phi-Phi di antara Krabi dan Phuket.

Pantai itu terkenal disebabkan pengambaran filem “The Beach” yang dibintangi oleh Leornardo Di Caprio. 

Kerana tempias kemasyuran itu, Maya Bay menjadi sangat popular di kalangan pelancong tempatan dan antarabangsa yang terpesona dengan keindahan pantai tersebut hingga akhirnya ia merosakkan dan mematikan hidupan lautnya termasuk terumbu karang di situ.

Mana tak rosak, korang bayangkan jela kalau musim puncak, Maya Bay menerima antara 5,000 hingga 6,000 pelancong dalam sehari tau! Sehari je! Ramai giler....!

Lebih memburukkan keadaan bila ada pelancong yang tidak bertanggungjawab telah membuang sampah merata-rata dan pengusaha bot-bot pelancong pula sesuka hati membaling sauh ke dalam laut yang lama-kelamaan membuatkan struktur batu karang di pantai tersebut musnah.

Ketua Taman Negara Phi-Phi, Vorapot Lom Lim dilaporkan berkata sejak Maya Bay ditutup setahun yang lalu, hidupan laut seperti terumbu karang dan hidupan laut lainnya telah banyak tumbuh semula kerana sejumlah 23,000 batu karang telah ditanam oleh pegawai marin taman berkenaan.

Jadi nak pastikan insiatif mengembalikan keindahan laut di situ berjaya kenalah destinasi pelancongan itu ditutup buat sementara.

Bagi korang yang pernah bercuti ke Maya Bay memang beruntunglah! Tapi kepada yang belum sempat jejak kaki ke sana, harap korang bersabar la ya.

Tempat tu tutup pun untuk korang juga, takkan datang jauh-jauh semata-mata nak tengok laut yang kotor atau hidupan laut yang dah mati dan rosak kan?

Baca Juga: Komodo Island Indonesia Ditutup Kepada Pelancong Bermula Januari

 

Destination: 
;