Anda Tengah Cari Telefon Pintar Lebih Canggih Untuk 'WFH'? Jom Dapatkan Samsung Galaxy S21 5G Di Senheng!

June 10, 2021 - 11:00 AM


Memandangkan kehidupan kita hari ini yang dibelenggu dengan penularan pandemik sehingga terpaksa bekerja dari rumah dan melakukan kesemua urusan harian secara dalam talian atau online -- pastinya kita bergantung kepada penggunaan telefon pintar yang lengkap berteknologi tinggi.

Jika telefon pintar yang anda miliki kini semakin kurang memberangsangkan dari segi prestasinya dalam membantu anda menyelesaikan pekerjaan secara online atau bagi kegunaan pengajaran dan pembelajaran kelas online anak-anak, sudah tiba masanya untuk anda bertukar kepada telefon pintar baharu iaitu Samsung Galaxy S21 5G.

Siri Galaxy S21 5G keluaran Samsung ini bukan sahaja sarat dengan pelbagai spesifikasi canggih dan mengagumkan -- bahkan ianya dilengkapi kamera berdefinisi tinggi bagi menghasilkan gambar berkualiti, jelas dan memukau.

Jadi, lagi cantik visual untuk anda membuat sidang video atau kelas online anak-anak bersama guru-guru mereka. Malah, jika anda peniaga dan ingin membuat jualan secara live juga pasti memerlukan sebuah peranti yang canggih seperti Samsung Galaxy S21 5G ini.

Galaxy S21 5G kali ini didatangkan dengan pilihan 3 siri terbaharu iaitu :

1) Samsung Galaxy S21 5G

2) Samsung Galaxy S21+ 5G

3) Samsung Galaxy S21 Ultra 5G

Dari segi kamera, Galaxy S21 Ultra 5G dilengkapi kamera berdefinisi tinggi dengan sensor 108 megapiksel (MP) -- manakala Galaxy S21+ 5G dan Galaxy S21 5G pula, kedua-dua peranti ini disertakan kamera 64MP, ia sudah sempurna memenuhi keperluan fotografi anda.

Selain gambar, peranti Galaxy S21 Ultra 5G juga mampu menghasilkan video berdefinisi 8K, resolusi paling tinggi berbanding telefon pintar lain di pasaran. 

Menariknya, pengguna boleh memanfaatkan video itu untuk menukar mana-mana babak video ke gambar berkualiti sehingga 33MP.

Malah, peranti ini juga disertakan fungsi Artificial Intelligent (AI) pada kameranya di mana pengguna boleh menghasilkan gambar potret setanding fotografi profesional di studio.

Bukan itu sahaja, bahkan buat pertama kalinya pada mana-mana peranti S Series -- Samsung membawa teknologi yang paling diminati oleh peminatnya iaitu pengalaman S Pen ke Galaxy S21 Ultra dengan teknologi Wacom.

Jadi kerja-kerja daripada melukis ke pengambilan nota, suntingan foto serta menandatangani dokumen, sekarang anda boleh membuka keupayaan S Pen pada Galaxy S21 Ultra. Menarik, kan!

Untuk bateri pula, siri Galaxy S21 5G masing-masing disertakan bateri berkapasiti besar dan tahan lama sesuai keperluan peranti. 

Galaxy S21 Ultra 5G hadir dengan bateri 5,000mAh, Galaxy S21+ 5G 4,800mAh dan Galaxy S21 5G pula 4,000mAh. 

Dengan bateri sebesar ini, pengguna dapat menikmati pengalaman penggunaan tanpa henti dan memuaskan. 

Bercakap mengenai rekaannya pula, Samsung sudah tentu tidak mengecewakan pengguna. 

Kali ini, siri Galaxy S21 5G tampil lebih memukau dengan rekaan ikonik dan moden. 

Bagi memenuhi citarasa dan keperluan gaya hidup terkini, siri Galaxy S21 5G ditawarkan dalam enam warna berbeza iaitu Phantom Silver, Black, Violet, Gray, White dan Pink.

 

Bukan itu sahaja, kemasan akhir Frosted Haze pada badan peranti menjadikan ia tampak premium, sesuai untuk semua pilihan warna. 

Malah, permukaan matte dan glossy juga menghasilkan rasa serta sentuhan unik. 

Galaxy S21 Ultra 5G didatangkan bersama Galaxy Buds Pro, manakala Galaxy S21 5G dan Galaxy S21+ 5G masing-masing disertakan Galaxy Buds Live.

Dengan segala kelebihan serta spesifikasi secanggih ini, harga yang ditawarkan untuk siri Galaxy S21 5G sangat berbaloi, terutama jika anda membuat pembelian di Senheng!

Ini kerana sepanjang bulan Jun, Senheng menawarkan promosi berganda kepada anda seperti:

1) DISKAUN SEHINGGA RM200

2) REBAT S-COIN 10%

- Klik pautan ini https://www.senheng.com.my/s-coin untuk ketahui lebih lanjut mengenai maklumat S-Coin yang ditawarkan Senheng.

3) HADIAH PERCUMA BERNILAI SEHINGGA RM488

4) PELAN PEMBAYARAN MUDAH TANPA FAEDAH SEHINGGA 36 BULAN

Harga bermula RM3,699 untuk Galaxy S21 5G (8GB+256GB), RM4,299 untuk Galaxy S21+ 5G (8GB+256GB) dan RM5,299 untuk Galaxy S21 Ultra 5G (12GB+256GB).

Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan yang ditawarkan Senheng dan tekan saja link ini : https://www.senheng.com.my/the-new-samsung-galaxy untuk membelinya sekarang! 

 

 

Destination: