Best Betul Dekat Funmaii, Banyak Snek 'Rare'. Tak Payah Guna Cash Pulak Tu...
FOODIEPertama kali masuk kedai serbaneka Funmaii, kitorang agak terpegun dengan pelbagai snek dan air yang dijual oleh mereka. Manakan tidak, boleh dikatakan kebanyakkan snek dari Jepun, Korea, Taiwan dan lain-lain negara boleh didapati di sini dengan harga bawah RM 10!
Selain itu, konsep yang diperkenalkan Funmaiii adalah transaksi tanpa tunai. Apa yang anda kena lakukan adalah muat turun aplikasi Funmaii dan aplikasi itu akan bertindak sebagai e-wallet. Jadi anda boleh tambah nilai seberapa banyak yang anda mahu gunakan.
Selain menggunakan aplikasi Funmaii, barangan yang dibeli disini juga boleh dibayar menggunakan kad debit ataupun kredit. Memang tiada transaksi tunai yang diterima disini.
Macam mana nak buat bayaran?
Step 1 : Scan semua barang yang kita nak beli...
Step 2 : Scan QR code pada telefon anda untuk buat bayaran.
Step 3 : Masukkan password anda.
Step 4 : Tunggu bayaran disahkan, ambil resit.
Step 5 : Berjalan keluar kedai dengan muka bangga ;)
APA KELAINAN FUNMAII??
Apa yang menarik tentang Funmaii ni lagi ialah mereka mengetengahkan konsep layan diri semasa membuat bayaran. Pelanggan hanya perlu ambil barangan yang mereka mahu dan scan di mesin yang disediakan kemudian terus lakukan bayaran melalui aplikasi ataupun kad debit atau kredit.
Selain daripada itu, kedai serbaneka Funmaii ini membawa konsep baru kepada kedai serbaneka yang ada di Malaysia dengan adanya satu kawasan untuk anda mengambil gambar dan melepak.
Untuk pengguna muslim, anda tidak perlu risau, kebanyakkan produk ada logo halal dan Funmaii ada meletakkan notis untuk perhatikan label pada produk sekiranya produk tersebut tidak mempunyai status halal.
Nasihat kami, anda kena baca label dan kandungan yang terdapat pada produk tersebut.
Selain daripada snek, disini juga ada bermacam jenis produk lain seperti produk kecantikan, ubat-ubatan dan macam-macam lagi.
Boleh dikatakan kebanyakan snek yang dibawa masuk oleh Funmaii ni adalah snek kegemaran di negara masing-masing. Dan apa yang kitorang rasa paling best ialah rak promosi mereka. Ada pelbagai barangan yang dijual dengan harga RM1 sahaja. Ini promosi yang kitorang maksudkan...
Sekiranya anda nak cuba alami sendiri, anda boleh ke Funmaii Convenience Store di Sunway Nexis Kota Damansara. Jom ramai-ramai kita serbu Funmaii sebab mereka akan adakan pra-pelancaran pada 18 Januari 2018.
Waktu operasi kedai adalah dari 8 pagi hingga 10 malam.
Lokasi : Unit D-G-8, Sunway Nexis, Kota Damansara 1, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.
Waze : Sunway Nexis
Google Map : Sunway Nexis
Buat masa ini, aplikasi Funmaii hanya tersedia untuk android melalui playstrore namun, untuk pengguna iPhone, mereka akan sediakan versi untuk iOS pada minggu hadapan.
Untuk download aplikasi Funmaii di Google Playstore : Funmaii ataupun korang boleh ke laman web : Funmaii
Kalau nak tahu lebih lanjut pasal Funmaii ni, bolehlah ke Facebook diorang :