Firefly Tawar 10,000 Tempat Duduk Percuma Untuk Perjalanan Sehala!

September 25, 2019 - 12:28 PM


Syarikat penerbangan tambang rendah Malaysia, Firefly, menawarkan 10,000 tempat duduk perjalanan sehala percuma untuk pelanggan yang layak bagi semua destinasi domestiknya.

Malaysia Airlines Bhd (MAB) menyatakan untuk layak, pelanggan perlu membeli satu tiket Malaysia Airlines sama ada ‘Economy Smart’, ‘Economy Flex’ atau kelas Perniagaan bagi penerbangan ke mana-mana destinasi ASEAN bermula 24 September hingga 1 Oktober, untuk perjalanan serta-merta dan sehingga 31 Disember 2019.

Setiap pelanggan kemudiannya boleh menebus tempat duduk percuma bagi perjalanan sehala itu dengan menggunakan kod promosi istimewa menerusi laman web Firefly di www.fireflyz.com.my.

Tawaran tempat duduk percuma itu akan ditawarkan mulai 2 November hingga 29 Mac 2020 bagi penerbangan pada Sabtu dan Ahad sahaja.

Promosi tersebut adalah sebagai tanda penghargaan MAB dan Firefly kepada pelanggannya.

P/S: Jadi tunggu apa lagi, tempahlah perjalanan ke destinasi ASEAN anda dengan Malaysia Airlines sekarang untuk menikmati percutian percuma di Malaysia dengan Firefly!


 

Destination: