MAS Tawar Diskaun 40 Peratus Tiket Kelas Perniagaan Hingga 2 Mac Ini

February 20, 2020 - 02:23 PM


Ini ada satu berita baik untuk korang yang mempunyai perancangan bagi bercuti atau melancong ke luar negara bermula sekarang hingga 31 Januari tahun hadapan!

Malaysia Airlines (MAS) bermula semalam (19 Februari) hingga 2 Mac ini sedang menawarkan diskaun sehingga 40 peratus bagi tambang Kelas Perniagaan untuk destinasi domestik dan antarabangsa.

Kelas perniagaan Malaysia Airlines menawarkan kaunter daftar masuk yang eksklusif, keutamaan dalam bagasi termasuk akses kepada Golden Lounge.

Bagi promosi istimewa untuk destinasi domestik, syarikat penerbangan itu menawarkan tambang sehala (all in one) bermula daripada RM299, penerbangan ke Singapura daripada RM499, Phuket hanya RM549, Bangkok sebanyak RM599 dan Surabaya berjumlah RM659.

Manakala bagi penerbangan ke destinasi antarabangsa seperti Beijing tambang bermula daripada RM2,799, Delhi daripada RM3,199, Seoul hanya RM3,399, Auckland daripada RM10,299 dan London sebanyak RM12,999.

Pelanggan juga boleh mengambil kesempatan daripada diskaun tambahan sebanyak 5 peratus apabila mereka membeli tiket menggunakan kad Maybank melalui penggunaan kod promo BIZ4MAYBANK.

Mereka juga boleh memilih 'Fly Now' Malaysia Airlines, pelan bayar kemudian dengan kad kredit Maybank dan Public Bank, yang membolehkan pelanggan untuk membayar tambang secara ansuran dengan kaedah sifar dalam tempoh enam atau 12 bulan.

Jadi tunggu apa lagi, cepat-cepat tempah tiket penerbangan untuk plan bercuti 2020 sampai Januari tahun depan!

Sumber: Bernama

Destination: