MR DIY Tawar Potongan Harga Istimewa Sempena Pembukaan Semula Semua Cawangannya!

PROMOSI
May 15, 2020 - 02:58 PM


Sedar tak sedar, sebenarnya telah hampir 2 bulan kita tabah menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga yang terbaharu diberi sedikit kelonggaran menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) apabila hampir semua sektor ekonomi dan sosial dibenarkan untuk beroperasi semula.

Berita itu adalah satu khabar gembira buat para peniaga, apatah lagi kepada orang ramai yang sudah lama kempunan untuk membeli-belah di mall, lebih-lebih lagi ketika ini waktu yang sangat tepat untuk mereka membuat persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Tidak ketinggalan pengendali kedai barangan perkakasan rumah terbesar di Malaysia iaitu MR DIY!

Dengan pembukaan semula operasi cawangannya di seluruh negara, MR DIY telah berbesar hati menawarkan potongan harga istimewa untuk lebih 30 jenis barangan keperluan terpilih seperti penutup mulut dan hidung, topeng pelindung muka, sarung tangan plastik, penyembur anti-bakteria, botol semburan serta beberapa lagi produk kelengkapan rumah yang lain.

Paling menarik apabila MR DIY menawarkan pembelian sekotak penutup mulut dan hidung sebanyak 50 keping hanya pada harga RM45 sahaja! 

Malah kalau korang nak dapatkan topeng pelindung muka atau 'face shield' bagi melindungi keseluruhan wajah daripada jangkitan COVID-19, korang boleh juga dapatkannya di mana-mana cawangan MR DIY dengan harga hanya RM4.90! Murah, kan!

Potongan harga istimewa yang ditawarkan MR DIY itu bermula dari 13 Mei sehingga 24 Mei ini.

Jadi tunggu apa lagi? Cepat-cepatlah ke cawangan MR DIY yang berdekatan untuk mendapatkan barangan keperluan yang sememangnya sangat penting untuk melindungi diri korang dan keluarga di saat krisis pandemik COVID-19 yang masih belum pulih sepenuhnya.

Lagipun jika berbelanja di MR DIY, korang tak perlu risau tentang keselamatan diri kerana beberapa Prosedur Operasi Standard (SOP) turut dilaksanakan kepada para pelanggan dan kakitangannya.

Antaranya dengan mengehadkan jumlah pelanggan di dalam kedai dalam satu-satu masa, memeriksa suhu badan pelanggan dan pekerja sebelum mereka dibenarkan masuk, menjaga penjarakan sosial, mewajibkan pemakaian topeng mulut dan hidung serta melakukan pembersihan secara berkala ke atas semua bakul, troli dan kawasan premisnya.

Jadi, jangan lupa untuk rebut tawaran istimewa MR DIY dengan mengunjungi cawangan mereka di seluruh negara yang berdekatan dengan anda!

 

 

 

Destination: