Ulang Tahun Ke-15 MR.DIY: Jangan Lupa Serbu Sampai Hujung Tahun Ni, Ada Offer Best & Macam-Macam Lagi!

October 01, 2020 - 11:00 AM


Siapa dekat sini yang kalau ada perkakasan rumah yang nak ditambah mesti tempat yang dituju adalah MR.DIY, betul tak? Nak beli makanan, barang sekolah anak, bekas-bekas makanan, barang-barang camping, semualah...mesti nak cari dekat MR.DIY je kan? Senang dan paling penting murah!

Pejam celik pejam celik, siapa sangka bermula dengan sebuah kedai di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur -- kini MR.DIY telah melebarkan sayapnya selama 15 tahun di seluruh Malaysia!​

MR.DIY telah mempunyai cawangan terbaharu yang ke-600 di Bandar Puncak Alam, Selangor, namun peruncit yang popular di kalangan rakyat Malaysia ini masih mengekalkan motto perniagaannya yang unik iaitu "Always Low Prices".

DISKAUN 30% SELAMA SEBULAN!

Ini ada satu berita gembira buat korang yang telah lama menjadi pelanggan setia MR.DIY sejak hari pertama mereka lagi...

Bagi menghargai kesetiaan korang sebagai pelanggan, MR.DIY bakal menawarkan potongan harga sehingga 30% untuk produk terpilih di semua cawangan MR.DIY seluruh negara bermula dari 1 Oktober hingga 31 Oktober ini.

Tawaran diskaun ini adalah bersempena meraikan ulang tahun ke-15 MR.DIY.

DAPAT CASHBACK RM3 DENGAN MAYBANK QRPAY

Bukan itu sahaja, korang juga berpeluang mendapatkan pulangan tunai sebanyak RM3 jika menggunakan Maybank QRPay dan kini MR.DIY juga menawarkan pelbagai peralatan elektrik dengan harga yang menarik. 

Jadi kalau tiba-tiba periuk nasi atau cerek elektrik korang rosak, dah tak payah susah-susah cari kedai elektrik yang jauh sebab dekat MR.DIY pun ada barangan elektrik dengan harga yang pastinya lebih murah.

MR.DIY juga berbesar hati untuk meraikan ulang tahun ke-15 mereka bersama pelanggan setia dengan mengadakan peraduan #MRDIYSuperFans pada 1 Oktober hingga 12 November 2020 -- kalau korang terpilih jadi pemenang hadiah utama korang bakal menerima iPad Air 64GB. Gempak kan?!

Malah, gambar kreatif 15 pemenang peraduan ini akan dipamerkan di papan iklan digital MR.DIY di sepanjang Lebuhraya Damansara Puchong (LDP). Fuhh femesss tu muka korang nanti! Hehehe...

CARA SERTAI #MRDIYSuperFans 

Macam mana nak join contest ni?

- Langkah 1: Ambil gambar korang dengan cara yang paling kreatif di mana-mana cawangan MR.DIY bagi menggambarkan ulang tahun ke-15 mereka.

- Langkah 2: Muat naik foto tersebut di Facebook atau Instagram dengan hashtag #MRDIYSuperFans dan jangan lupa tag MR.DIY. Ingat, pastikan profil anda "Public" supaya dapat dilihat.

- Langkah 3: Lengkapkan penyertaan korang dengan kongsikan link URL foto berkenaan dan muat naik gambar asal dengan resolusi tinggi di https://bit.ly/30ioE4S.

Kalau korang bertuah dan dipilih sebagai pemenang, berikut adalah hadiah-hadiah istimewa yang bakal menanti :-

Hadiah Utama x 1: iPad Air 64GB Wi-Fi

Hadiah Kedua x 1: Apple Watch Series 6 40mm GPS

Hadiah Ketiga x 1: Apple Watch SE 40mm GPS

Hadiah Saguhati x 12: Baucar Tunai MR.DIY RM500

#MRDIYSuperFans ini berlangsung dari 1 Oktober hingga 12 November 2020. Jangan lupa rebut peluang lumayan ini!

Jadi, tunggu apa lagi jangan lupa untuk terus berbelanja di MR.DIY sehingga hujung tahun dan buktikan korang memang pelanggan setia MR.DIY untuk claim hadiah lumayan yang menarik tu! So, jom shopping!!

Destination: