Wow, Samsung Dah Keluar Galaxy A Lah. Beli Kat Senheng Macam-Macam Offer Menarik Lain Korang Dapat!

April 02, 2021 - 06:30 PM


Buat pencinta gajet, ini berita baik untuk anda!

Syarikat telekomunikasi terkemuka, Samsung beberapa hari lepas telah melancarkan buah tangan terbaharu mereka iaitu telefon pintar Galaxy A32, A52 dan A72.

Menariknya barisan gajet yang berteknologi tinggi ini bukan sekadar menjadi alat komunikasi semata-mata, sebaliknya ia turut dilengkapi dengan ciri-ciri khas bagi memudahkan pengguna menyelesaikan kerja-kerja harian mereka.

Antaranya ia mampu menjadi alat peranti terbaik untuk mengekspresikan kreativiti dan pilihan utama untuk berhibur kerana dilengkapi kamera kuad 64MP, layar 6.4 inci FHD + Super AMOLED serta kapasiti bateri 5,000mAh yang sekaligus membolehkan pengguna merakam pelbagai momen-momen indah tanpa sebarang gangguan.

Kalau korang nak tahu, Galaxy A32 dilengkapi dengan empat kamera belakang menggabungkan kamera utama 64MP, F1.8, kamera ultra lebar 8MP, F2.2, kamera makro 5MP, F2.4 dan kamera pengesan kedalaman 5MP, F2.4.

Dalam pada itu, telefon pintar itu juga menyertakan bateri berkapasiti besar dengan 5,000mAh (Tipikal) dengan teknologi pengecasan pantas 15W.

Selain itu, A32 mempunyai kapasiti penstoran dengan jumlah 8 gigabait RAM dan 128 gigabait penstoran dalaman.

Ia didatangi dengan empat pilihan warna, iaitu Black, WhiteBlue dan Light Violet serta boleh dimiliki pada RM1,099.

Malah bagi model ini Samsung turut menawarkan A32 dengan kemampuan 5G, hanya perlu menambah RM100 sahaja. Best, kan!!!

Sebaliknya, Galaxy A52 dan Galaxy A72 yang mempunyai storan dalaman 256GB lebih besar tetapi masih mempunyai jumlah RAM yang sama pada 8GB dapat diperoleh masing-masing dengan harga RM1,499 dan RM1,899.

Tetapi kalau korang nak dapatkan lebih banyak tawaran istimewa lain -- korang kena pastikan yang korang membuat pembelian Samsung Galaxy A32, A52 atau A72 hanya di Senheng! 

Ini kerana melalui Senheng korang bakal menerima manfaat yang lebih berbaloi-baloi seperti:-

✅ Ahli PlusOne AEON menikmati jaminan sehingga 3 tahun menerusi Skim Ansuran Mudah AEON Credit

Beli barangan daripada Senheng sebagai ahli PlusOne AEON dengan Skim Ansuran Mudah AEON Credit dan akan mendapat waranti sehingga 3 tahun -- di mana setahun waranti di bawah Samsung manakala 2 tahun lagi waranti disediakan oleh Senheng sendiri.

✅ Jaminan 1 tahun EKSTRA PERCUMA untuk ahli PlusOne

Langgan dan sertai Senheng sebagai ahli PlusOne dan dapatkan jaminan EKSTRA 1 tahun di samping faedah membeli-belah bersama Senheng yang tidak terkira banyaknya! 

✅ Daftarkan Program Telefon SWAP dari RM30*

Langkah 1
Beli telefon pintar di mana-mana cawangan Senheng seluruh negara dan daftar di bawah Program Telefon SWAP.

Langkah 2
Sekiranya terdapat kecacatan dari segi pembuatan, bawa telefon korang ke mana-mana bilik pameran Senheng untuk diperiksa.

Langkah 3
Korang akan menerima baucar SWAP selepas selesai proses pengesahan!

Langkah 4
Tebus telefon baru dengan baucar SWAP dari Senheng.

Tekan link ini untuk anda mendaftar Program Telefon SWAP Senheng - https://www.senheng.com.my/swap

✅ Tukar dan Jimat sehingga RM495*

Tukar telefon lama dengan yang baru! Langgan sebagai ahli PlusOne dan jadilah sebahagian dalam program pertukaran Senheng di mana korang boleh menukar peranti elektronik lama kepada yang baru dengan harga jauh lebih rendah.

✅ Baucar Brand

Korang bakal menikmati baucar brand bagi membeli-belah secara online untuk barangan terpilih dan korang akan nikmati diskaun sehingga RM50*

✅ Perkhidmatan Penghantaran PERCUMA

Bila-bila masa dan di mana sahaja! Tidak penting di mana korang membeli produk di cawangan Senheng kami, yang penting korang bakal menikmati perkhidmatan penghantaran percuma di seluruh negara!

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang pembelian telefon kesemua model Samsung Galaxy A ini korang boleh  layari https://www.senheng.com.my/samsung-new-arrival.

Selamat membeli-belah!!

 


 

Destination: