Rest. Pause. Rainforest Retreat - Villa Lereng Bukit Yang Cantik Untuk Group Getaways
Terletak di tengah-tengah hutan hujan tertua di Semenanjung Malaysia, Rest. Pause. Rainforest Retreat menjadi pilihan orang ramai sebagai santuari untuk mereka yang sukakan nature. Dikelilingi oleh pokok-pokok menghijau dan udara segar, lokasi ini memang sangat sesuai untuk mereka yang inginkan ketenangan untuk percutian mereka.
Villa yang luas ini boleh memuatkan 10 orang dengan selesa. Jadi ianya sangat sesuai untuk mereka yang ingin bercuti bersama keluarga atau kumpulan rakan-rakan.
Terdapat 4 bilik tidur yang sangat luas beserta bilik air, ada mini-library yang penuh dengan buku, dapur indoor dan outdoor yang lengkap (rice cooker, toaster, water filter, semuanya ada!). Malah peralatan untuk BBQ juga turut disediakan.
Menariknya di sini adalah beranda di tingkat 2 di mana korang boleh menikmati makanan korang sambil melihat pemandangan hutan. Terdapat beberapa aktiviti yang korang boleh lakukan sepanjang berada di sini seperti tengok movie, BBQ, dan juga membaca buku di ruangan villa ini. Selain itu korang juga boleh pergi berjalan ke dalam area hutan dan boleh lihat anak sungai, memang sangat cantik.
Untuk sampai ke lokasi ini, korang perlu memandu selama 30 minit dari Genting Highlands dan Bukit Tinggi.
Bagi korang yang datang dari Kuala Lumpur, cuma extra 10 minit je iaitu 40 minit. Jangan risau, parking spot ada disediakan di sana. Jadi kalau korang ingin lari dari kesibukan bandar dan merehatkan diri sepanjang hujung minggu, Rest. Pause. Rainforest Resort memang pilihan terbaik di Pahang!
Alamat: Lot A293, Jalan Tanarimba Sum Sum, Tanarimba, Janda Baik, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang