Samsung Galaxy J5 Pro Kini Di Malaysia Pada Harga RM1149

GAYA HIDUP
July 06, 2017 - 03:17 PM


Baru sahaja semalam kita mendengar mengenai pengenalan telefon pintar Galaxy J5 Pro di Thailand. Kini, nampaknya pihak Samsung Malaysia bergerak pantas menawarkan peranti ini untuk pasaran tempatan, dan beberapa pengedar telah mula menawarkan telefon pintar ini.

Galaxy J5 Pro hadir dengan skrin bersaiz 5.2-inci dengan paparan HD, cip pemprosesan Exynos 7870, memori sehingga 3GB RAM, dan ruangan storan 32GB yang boleh diperluaskan menggunakan kad mikro-SD 256GB.

Galaxy J5 Pro menggunakan kamera depan dan belakang 13-megapixel, serta dilengkapi Android 7.1 Nougat.

Di Malaysia, ia ditawarkan pada harga RM1149, dan telah boleh dibeli bermula hari ini.

SUMBER RUJUKAN: DIRECTD

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video