Kecoh! Khabib Nurmagomedov Bagi Emoji Api Pada Model Instagram Indonesia!

SOSIAL
August 29, 2024 - 04:01 PM


Dalam keterujaan peminat Indonesia untuk menyambut kedatagan bintang UFC Khabib Nurmagomedov pada Oktober nanti, ada satu gossip yang kurang enak mengenai Khabib berlegar di media sosial.

Seorang model instagram Indonesia mendakwa Khabib ada cuba untuk 'menggoda' nya melalui dm instagram-nya. Sepekulasi ini bermula apabila wanita itu menciap di akaun X-nya dengan kapsyen "terlucu 2024".

Wanita bernama Annette (@monsouleil) memuatnaik satu tangkap layar yang memaparkan bekas juara UFC Lightweight itu membalas story Intsagramnya dengan reaksi emoji api.

Susulan dari ciapan tersebut, Annete dihujani dengan pelbagai tohmahan dan ugutan. Ramai peminat Khabib mendakwa ciapan tersebut adalah palsu dan dibuat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Pengurus Khabib iaitu Ali Abdelaziz turut menepis dakwaan tersebut dan menyatakan tidak mungkin Khabib melakukannya. Namun, nama Abdelaziz turut menjadi bualan kerana ada dakwaan bahawa akaun media sosial Khabib diurus olehnya. 

Destination: