Pakcik Bina Kereta Api Dan Landasan Dalam Kawasan Rumah Rancang Buka Untuk Orang Ramai

SOSIAL
September 04, 2024 - 02:11 PM


Siapa sangka, dari satu idea yang sebegitu kreatif mahu direalisasikan biarpun tampak mustahil. Baru-baru ini, tular di TikTok video seorang pakcik yang mencipta kereta api yang berfungsi berserta landasan dalam kawasan perumahannya.

@lisaamanda40 Bila bapak budak healing Jadik Pilot darat.. Hilang segala stress jd org dewasa tau #tokdgardenrailway #rcexcavator #tokdadventure #orangkampung #alorgajah #pilotdarat #train #keratapi #keretapupusingkampung ♬ original sound 0utlet - Lisamanda

Nama pemilik mahupun pencipta, Abd Rahim Abd Hamid menjelaskan idea itu tercetus dari minat yang mendalam terhadap dunia permainan. Dia menghasilkan permainan kereta api yang mengelilingi rumahnya di Melaka Pindah.

Menurut Sumber, projek permainan kereta api itu diberi nama 'Tokdgardenrailway'. Projek itu mengambil masa lima hingga enam bulan untuk disiapkan dan menelan kos lebih RM100,000 kerana gerabak kereta api perlu dibeli dari luar negara.

Lebih manis, kos menjalankan projek kereta api ini dibantu dan disokong oleh isterinya sendiri. Hasil dari sokongan dan impak media sosial, Abd Rajim juga merancang untuk beri peluang pada orang luar untuk merasai keseronakan bersama.

Permainan kereta api itu terdiri daripada tiga gerabak yang bergerak di atas rel sepanjang 500 meter. Ia boleh memuatkan enam hingga tujuh individu pada satu-satu masa serta sesuai dinaiki oleh kanak-kanak mahupun dewasa.

Destination: