Peniaga Food Court Bandar Sri Permaisuri Berang, Penduduk Flat 'Sapu' Tempat Letak Kereta Pelanggan
SOSIALBila hidup dalam satu masyarakat, sikap bertolak ansur antara satu sama lain amatlah penting demi menjaga keharmonian bersama. Namun, akibat tingkah laku yang tidak bertanggungjawab, sudah tentu terjadinya konflik.
Baru-baru ni, para peniaga di medan selera Bandar Sri Permaisuri, Cheras meluahkan rasa kecewa kerana buntu penduduk sekitar menggunakan kawasan tempat letak kereta medan selera tersebut sebagai parkir persendirian.
Kejadian dekat Food Court Bandar Sri Permaisuri. Customer nak datang makan sini parking takda. Sebab penduduk flat, apartment parking kawasan food court. Memang marah lah kedai-kedai makan sini. Customer fade up cari parking takda, terus gerak makan tempat lain. pic.twitter.com/05hb5Uu2lT
— Tanya Cukai Pada Zortax (@AzrulIzzaham) September 4, 2024
Melalui perkongsian di aplikasi X, tindakan penduduk itu menyebabkan pelanggan medan selera terbabit sukar untuk meletakkan kenderaan sekali gus menjadi punca kekurangan pelanggan.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna tidak menafikan kepayahan mendapatkan tempat letak kenderaan ketika berkunjung di medan selera terbabit. Ada juga yang mengesyorkan agar kawasan itu dijadikan tempat parkir berbayar demi mengelak perkara sebegitu berulang.