10,000 Baucer Subsidi Pelancongan Buat Warga Selangor!

PILIHAN EDITOR
September 22, 2021 - 10:14 AM


Demi merancakkan semula industri pelancingan di Selangor, kerajaan Selangor telah mengumumkan sebanyak 10,000 baucer subsidi pelancongan yang akan diberikan kepada warga Selangor.

Baucer subsidi Pelancongan Selangor tersebut boleh ditebus mulai 1 Oktober nanti melalui platform e-dagang Shopee dan difahamkan setiap satu bernilai RM100 dan ianya khusus untuk rakyat Selangor.

Menurut Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau serta Hal Ehwal Orang Asal negeri, Hee Loy Sian, baucer tersebut boleh ditebus dan digunakan serta-merta untuk di kesemua hotel, inap desa dan taman tema berlesen di Selangor bagi merancakkan semula pelancongan di negeri berkenaan.

Sunway Lagoon

Dalam masa yang sama, orang ramai disarankan untuk tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan Baucer Pelancongan Negeri Selangor 2.0 ini pada Oktober nanti.

Selain itu, ahli Parlimen Kajang tersebut menjelaskan bahawa inisiatif ini adalah kesinambungan daripada program yang sama dilakukan Januari lalu yang mana kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM2 juta yang mula diagihkan melalui sebuah lagi platform e-dagang iaitu Lazada dan eWallet Touch ‘n Go.

Untuk pengetahuan, Disember tahun lalu, kerajaan Selangor telah melancarkan program Penebusan Subsidi Baucar Pelancongan bernilai RM200 setiap satu dan ianya membabitkan 10,000 baucar untuk menginap di hotel dan inap desa berlesen serta taman tema.

Zoo Negara

Jadi ini adalah peluang terbaik untuk warga Selangor untuk bercuti, jangan lepaskan peluang!

Sumber: Harian Metro

Destination: