6 Iklan Raya Aidilfitri 2021 Yang Korang Wajib Tengok

PILIHAN EDITOR
May 10, 2021 - 02:27 PM


Setiap kali raya aidilfitri, pasti akan ada iklan raya berlawan lawan untuk tampil dengan hasil kreativiti dari syarikat korporat di Malaysia. Namun, karya-karya yang dihasilkan bukan sekadar hiburan, mereka mempunyai mesej yang mendalam yang dekat dengan hati rakyat Malaysia. 

Walau pun tahun ni lain sikit dari sebelum raya lepas, tak bermaksud kita semua tidak boleh menyambut hari raya dalam keadaan sederhana dan menikmati video raya yang ada.

Berikut adalah 6 iklan raya yang korang wajib tengok:

1. Maxis - Raya Si Sakan

Mak jah suka buat persiapan untuk raya sendiri tiap-tiap tahun. Tapi kali ini Pak Sakan, asyik beli je keperluan raya sehingga Mak Jah berasa geram dan marah terhadap beliau. Apakah sebabnya Pak Sakan melakukan sebegitu? 

 

2. Digi - Andaian

Apabila hati terbuka dan saling memahami, keikhlasan yang tersembunyi akan dinyalakan. Saksikan andaian yang dibuat oleh Aliyah, dan bagaimana kebenaran akhirnya membawa kepada ketulusan hati dan jalinan lebih bermakna.

 

3. Saji - Mangkut Tingkat Mak Teh

Diilhamkan dari sebuah kisah benar. Ditujukan kepada mereka yang berada di belakang petugas barisan hadapan. Ahli keluarga yang resah menantikan kepulangan yang tersayang. 

 

4. Safi - Raya Kau Hijau

Setiap kali raya pasti ada yang bergaduh di pagi hari raya. Yang sering meleraikan pergaduhan itu pula pastilah Mak! Tapi ada ke yang bergaduh dengan jiran seperti Ayu & Kai? Barisan lakonan oleh Amy Mastura, Aniq Suhair & Iman Suhana.

 

5. Shopee - Dodol Pak Dollah

Kesiannn Pak Dollah, raya kali ni dia nak anak-anak dan cucu dia balik raya je. Bagaimana kesudahannya nanti?

 

6. Etiqa - Balik Tanjung mana?

Bila nak dekat Raya, mesti ada perdebatan di antara suami isteri pasal balik kampung siapa dulu, kan? Saksikan video dari Etiqa dengan lakonan dari Janna Nick serta Fikry Ibrahim.