5 Sebab Shopping Raya Di Sungei Wang Plaza Akan Buat Korang Rindu "Kenangan Raya" Zaman Dulu-Dulu!
PILIHAN EDITORHanya tinggal sekitar dua minggu saja lagi untuk kita menyambut Hari Raya Aidilfitri, kebiasaannya dalam tempoh ini pasti ramai yang sudah mula sibuk mencari segala keperluan untuk berhari raya! Maklumlah Raya kan sebulan! Hehehe....
Namun, dengan trend harga barangan yang kian meningkat ketika ini pasti ramai yang sangat berhati-hati berbelanja untuk membeli keperluan Raya dan tercari-cari lokasi yang menawarkan harga murah serta berpatutan terutama bagi golongan yang tinggal di ibu kota Kuala Lumpur.
Jom min nak kongsikan dengan anda satu lokasi di tengah-tengah kotaraya yang boleh min katakan masih menawarkan barangan seperti baju dan kuih raya dengan harga murah, bukan harga 'kayangan'!
Lokasi yang dimaksudkan merupakan antara pusat beli-belah tertua di Lembah Klang iaitu SUNGEI WANG PLAZA yang terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Sudahlah harga barangan Raya di sini jauh lebih murah dari di mall-mall besar lain, tetapi yang paling menarik jika membeli-belah di Sungei Wang Plaza anda confirm akan merasai vibes Raya yang sangat menggamit "Kenangan Raya" yang menyeronokkan seperti zaman kecil-kecil kita dulu di kampung!
Jom kita tengok 5 sebab utama kenapa min pilih Sungei Wang Plaza sebagai lokasi shopping Raya min untuk tahun ini dan ruginya jika anda tak ke sini :
#1 DEKORASI PERKAMPUNGAN SAWAH PADI
Sebaik melangkah masuk ke lantai utama Sungei Wang Plaza, pandangan mata anda pasti terpesona dengan keindahan sawah padi yang berona kehijauan dan kuning keemasan - sama seperti di sebuah kampung yang permai.
Tahun ini Sungei Wang Plaza menampilkan dekorasi yang bertemakan "Kenangan Raya" yang membawa para pengunjung merasai sendiri pengalaman membeli-belah sambil mengimbau kembali memori berhari raya di kampung halaman.
Bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa pondok kecil di kiri dan kanan sawah padi yang boleh anda jadikan sebagai port OOTD!
Sambil menunggu keluarga bershopping, anda juga boleh mengisi masa dengan mencuba permainan tradisional seperti congkak, batu seremban dan teng-teng. Mesti dah lama anda tak main permainan itu, kan!
Selain sawah padi yang saujana mata memandang, anda juga berpeluang posing dan feeling feeling sambil mengambil gambar yang cantik di pondok kampung dan lentera di 2 lagi lokasi iaitu di pintu masuk utama Sungei Wang dan juga Sungei Wang Walk.
#2 BAZAR RAYA
Dalam terpesona dengan dekorasi Kenangan Raya Sungei Wang Plaza tu, jangan pula lupa dengan tujuan asal ke sana nak membeli keperluan Hari Raya. Hehehe...
Bersebelahan deko sawah padi yang terbentang indah, anda pastinya akan rambang mata dengan pelbagai pilihan baju, tudung, kasut, kuih dan hiasan Raya yang ada dijual di situ.
Tetapi yang paling min suka shopping di Bazar Raya Sungei Wang ini adalah harga-harganya yang lebih murah berbanding pusat-pusat beli belah lain di sekitar Kuala Lumpur.
Korang bayangkanlah, koleksi baju raya di sini masih ada yang dijual di bawah RM100 ringgit sepasang dan ada juga promosi beli 2 pasang baju dengan harga RM120 sahaja! Murah, kan?! Bukan seperti di butik-butik atau jualan online yang harganya mencecah ratusan ringgit hanya untuk sehelai baju Raya.
Nak kata design dan material kain yang digunakan tidak berkualiti, min tengok boleh tahan juga rekaan yang ada di sini, design terkini dan jenis kain pun tak nipis, setanding baju raya 'kayangan'.
Kalau bab kuih raya lagi lah murah. Di sini kuih raya bermacam-macam jenis dari kuih moden sampailah ke kuih tradisional, kebanyakannya dijual antara RM18 hingga RM25 sebekas. Lagi best, siap ada promosi "beli 5 percuma 1" dan 3 bekas pada harga RM48 sahaja! Murah, kan?! Mana nak dapat harga kuih raya mur-mur macam tu kat tengah-tengah KL ni...
Kesimpulannya, rugi kalau anda tak serbu Sungei Wang sebab Bazar Raya ini berlangsung hanya dari 31 Mac hingga 1 Mei 2023 sahaja! Cepat bawa keluarga datang ke sini, shopping semua keperluan Raya hanya di bawah satu bumbung. Tempat pun berhawa dingin dan luas, jadi takde la anda rasa penat atau dahaga semasa shopping di bulan puasa.
Kalau anda nak tahu, Sungei Wang Plaza pun sebenarnya terkenal sebagai lubuk membeli cermin mata murah dan siap pun hanya dalam masa kurang sejam sahaja. Jimat masa, jimat duit, anda pun boleh bergaya cantik dengan cermin mata baru!
Selain itu, Sungei Wang Plaza turut menawarkan kemudahan beli belah yang lain seperti kedai kecantikan dan kesihatan seperti Guardian, Watson, and Caring Pharmacy yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan untuk keperluan dandanan diri dan kesihatan untuk tampil menawan di pagi raya.
Nak cari hamper Raya sebagai cenderamata pun banyak tau! Harga pula semuanya berpatutan. Nak hadiahkan saudara-mara, sahabat handai atau kenalan dengan hamper coklat Beryl's pun onz!
#3 BUKA PUASA
Selepas selesai semua aktiviti membeli-belah, anda juga dah tak perlu pening atau tergesa-gesa untuk mencari tempat berbuka puasa bersama keluarga kerana di Sungei Wang Plaza sendiri mempunyai pelbagai kedai makan untuk dipilih.
Antaranya Kakatoo, Dubuyo, The Chicken Rice Shop, Secret Recipe, Kopi Club, Station Kopitiam, Teppanyaki dan banyak lagi.
Lagi best kebanyakan kedai-kedai ini turut menawarkan promosi sempena Ramadan dengan juadah yang lazat dan menjimatkan.
#4 MINNATURE - GALERI MINIATUR TERBESAR DI ASIA!
Selain berbelanja di Sungei Wang Plaza ini, antara satu kelebihan yang anda boleh nikmati sementara nak menunggu waktu berbuka -- anda boleh berkunjung ke satu 'hidden gem' yang masih ramai tak tahu iaitu MinNature, sebuah galeri berkonsepkan alam fantasi dunia mini dan kecil.
Terletak di Tingkat 1 Sungei Wang Plaza , anda boleh berjalan-jalan santai di MinNature yang mempamerkan keindahan seni bina, budaya dan alam semula jadi Malaysia berbentuk model binaan berskala mini. Semua bangunan, pokok, jalan, kereta, kereta api, manusia...semuanya saiz kenit-kenit je, geram min tengok! Comel..comel...
Kalau anda nak tahu, MinNature merupakan galeri miniatur atau kumpulan model saiz kecil dalam dewan tertutup yang terbesar di Asia. Paling istimewa, setiap satunya adalah hasil tangan anak Malaysia tau!
Setiap minggu, mereka akan tukar model dan diorama yang ada di sini. Jadi confirm anda tak akan bosan.
Dan kalau tangan gatal-gatal nak memegang, ada tuil yang boleh anda tekan sana sini untuk model interaktif yang boleh bergerak.
Model yang ada di sini, bukan sahaja bangunan ikonik di Kuala Lumpur. Tapi juga siap ada solar panel, gunung berapi dan tren yang bergerak. Dalam tak sedar anda dah habiskan masa sejam dalam MinNature ni. Percayalah! Hahaha...
#5 TEBUS SET BISKUT & SAMPUL DUIT RAYA EKSKLUSIF
Apa yang best lagi kalau anda shopping Raya di Sungei Wang Plaza? Anda juga berpeluang untuk menebus Paket Duit Raya istimewa dengan pembelian minimum RM218* dalam maksimum dua (2) resit.
Selain itu, anda juga boleh menebus Set Biskut Raya Eksklusif dan menarik dengan pembelian minimum RM418* juga di dalam maksimum dua (2) resit.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web Plaza Sungei Wang atau ke laman Facebook Plaza Sungei Wang.
P/S: Jadi tunggu apa lagi, jom serbu Sungei Wang Plaza "Kenangan Raya" hari ini sehingga 1 Mei depan untuk shopping Raya anda, semuanya di bawah satu bumbung!