1971: Banjir Paling Besar Malaysia Hingga Diisytiharkan Bencana Negara
PILIHAN EDITORSetiap tahun memang negara kita akan digemparkan dengan bencana alam banjir yang sering berlaku terutama sekali di negeri-negeri pantai timur, dan baru-baru ini malah di bandar besar Kuala Lumpur pun berlakunya banjir kilat yang dianggap teruk sehingga berlaku banyak kerugian.
Tapi, korang pernah dengar tak tentang sejarah banjir paling teruk di Semenanjung Malaysia yang menyebabkan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak, mengisytiharkan waktu itu sebagai sebuah darurat bencana negara.
Yang lebih menakutkan, pada ketika itu terdapat sebuah perkhabaran bahawa 60 ekor buaya terlepas dari sebuah kandang di Klang, dan pihak berkuasa hanya mampu berjaya menangkap 10 ekor, dan selebihnya lagi, sampai sekarang tak tahu meliar ke mana.
Banjir yang berlaku akibat hujan tidak berhenti selama seminggu itu turut menyebabkan semua mod pengangkutan terjejas, dan lebih teruk lagi, beratus-retus kereta dan lori tersadai selama 3 hari, kerana sebuah jambatan yang runtuh di Maran, Terengganu. Kemudian, Feri terpaksa digunakan untuk membawa kenderaan-kenderaan tersebut menyeberangi sungai.
Tun Abdul Razak ketika itu memanggil sidang kabinet tergempar setelah mendapati laporan banjir yang melanda semua tempat di Malaysia dan telah mengisytiharkan darurat banjir seluruh negara berkuatkuasa 5 Januari 1971, serentak dengan pembentukan jawatankuasa kabinet bantuan dan pemulihan banjir di mana beliau menjadi pengerusinya.
Jawatankuasa yang bertanggungjawab melakukan pentaksiran dan langkah-langkah pemulihan ekonomi dan sosial ketika itu mengenalpasti bahawa Kuala Lumpur merupakan kawasan yang paling teruk terjejas dengan 60% kawasan ditenggelami air.
Sebelum itu, negara pernah juga dilanda banjir besar yang diberikan gelaran Bah Besar pada 1926 dan 1946, bajir 1971 masih lagi menjadi banjir yang terbesar dan terburuk dalam sejarah negara dengan kos kerugian harta benda dianggarkan melebihi RM84.7 juta, iaitu lebih kurang RM400 juta nilai sekarang.
Banjir 1971 itu surut dalam masa seminggu dan telah mengorbankan 24 orang, dan banyak keluarga terpaksa hidup sehelai sepinggang apabila semua harta benda dihanyutkan oleh banjir.
Sumber: Twtkisah