Rakyat Malaysia Paling Tinggi Dalam Senarai Pemerhatian Imigresen Australia

PILIHAN EDITOR
December 03, 2019 - 10:42 AM


Selepas banyak kes pendudukan secara haram di Australia, warganegara Malaysia nampaknya bakal berdepan masalah untuk memasuki negara berkenaan selepas menduduki tempat teratas senarai pemerhatian pihak imigresen Australia.

Tahun lalu sahaja, rakyat Malaysia menyumbang kepada 11.8% dalam senarai merah, menurut laporan Free Malaysia Today.

Lebih memburukkan keadaan, Malaysia mendahului China dalam senarai merah dengan lebih dari 68,417 orang warganegara yang bermasalah di Australia manakala China di tangga kedua dengan 58,724 orang.

Menurut statistik yang diperolehi, peratusan yang dicatatkan oleh Malaysia naik mendadak sebanyak 23.6 peratus pada tahun ini. Secara keseluruhan, sebanyak 37.2% rakyat yang mempunyai status bermasalah di Australia.

Menurut laporan yang dikeluarkan, punca lebih daripada 35 ribu rakyat Malaysia tersenarai adalah disebabkan mereka “disyaki mempunyai niat lain” sementara hampir 13 ribu lagi disenaraikan mempunyai “hutang kepada komuniti”.

Data yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri Australia tersebut menyatakan lebih daripada 9,867 rakyat negara kita tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan manakala 1,350 orang lagi ditahan akibat penyalahgunaan visa.

Selain Malaysia dan China, New Zealand turut berada dalam kelompok 3 negara dalam pemerhatian pihak Australia dengan 43470 orang diikuti oleh India dan Britain.
 

Jika mahu ke Australia, boleh baca tips dan baca entri kami mengenai Dokumen Penting Elakkan Anda Sangkut Di Imigresen Australia

Nota Editor : Kami jangkakan proses untuk memasuki Australia dari Malaysia akan menjadi lebih sukar selepas keluarnya laporan ini.